Laman Utama
“Disebabkan Ingin Beraya Di Rumah Baru…”- Azrinaz Mazharhakim Berpindah Ketika Berpantang
Dek teringin hendak menyambut Hari Raya di rumah baharu, bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazharhakim akui terpaksa berpindah ketika sedang berpantang.
Kata Azrinaz dia menghadapi pelbagai cabaran ketika proses itu kerana dalam masa yang sama anaknya Areesya Malaykha terkena demam campak.
“Ketika dalam tempoh berpantang, disebabkan ingin beraya di rumah baru, maka kami berpindah.
“Anak kecil Areesya Malaykha pula demam campak, belum kira sleepless night menyusu baby waktu malam. Nak fikir preparation Raya lagi.. Phewww.
“Life is full of challenges. Challenge that makes your life colourful. Kalau tak ada challenge, hidup jadi flat. Yes mommy can go through this!” luahnya.
Azrinaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram(IG) miliknya.
Menerusi IG Story Azrinaz, beliau memuat naik foto dan video rumahnya yang sedang didekorasi oleh penghias dinding dengan potretnya.
Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi pengikutnya yang rata-rata mendoakan semoga urusannya dipermudahkan.
“Nak raya rumah baru,” komen salah seorang warga maya.
“Semoga dipermudakan urusan,” doa salah seorang netizen.
Azrinaz baru sahaja melahirkan anak keempatnya pada 26 Mac lalu. Puteri tersebut diberi nama Atheerah Medina.
Azrinaz mempunya seorang lagi anak hasil perkahwinan keduanya bersama Fairos Khan Abdul Hamid yang berkahwin pada 1 Mei 2018.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.
Must-Watch Video