Pelakon Adam Shahz akui hanya mengetahui mengenai video dirinya disindir suami pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang di Mahkamah Syariah Shah Alam baru-baru ini selepas dikirimkan oleh seseorang kepadanya.
Pun begitu, Adam tidak berniat hendak mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
"Saya sebenarnya tak tahu menahu mengenai video itu sehingga ada orang yang mengirimkan kepada saya. Itu pun selepas saya pulang dari mahkamah.
"Saya pun tak tahu nak komen apa sebab saya rasa lebih baik saya berdiam diri sahaja," katanya kepada Astro Gempak.
Adam ditemui ketika Malam Gala Tayangan Fielm Coast Guard di Dadi Cinema, Pavilion malam semalam.
Pada prosiding perbicaraan kali pertama Hak Penjagaan Anak mereka di Mahkamah Syariah Shah Alam, minggu lalu suami Fatin didakwa memerli Adam apabila berkongsi sebuah video menyebut tentang satu petikan yang digantung pada dinding di perkarangan mahkamah tersebut.
"Gunalan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya," tulis petikan berkenaan.
Apabila ditanya apakah perasaannya diperlaku begitu, Adam akui sudah lali.
"Selama lima tahun berpisah dengan Fatin pun banyak perkara dah berlaku sehingga saya dah lali.
"Jadi apa lah sangat apa yang bekas suami dia buat kepada saya ini," responnnya.
Sebelum ini, Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat berhubung penjagaan anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sehubungan itu, proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut akan disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.
Syafiqah Jalal
Wed Feb 01 2023
.png?ext=.png)

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan

Pasang Impian Jadi Penari Balet & Bekas Juara Miss Malaysia, Jom Semak Fakta Menarik Tentang Michelle Yeoh, Pelakon Asia Pertama Menang Oscar!
Hebat!

Banyakkan Pahala Ramadan Ini Dengan Menderma Pada Yang Memerlukan, Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq
Ini 6 Bentuk Amalan Oleh Peduli Insan Yang Boleh Diinfaq

“Saya Mahu Berjumpa, Tapi Dia Tolak” - Aaron Aziz Sedia Berdamai Dengan Syamsul Yusof
Semoga dipermudahkan

Keluarga Reda… Abang Stacy Meninggal Dunia
Takziah buat keluarga Stacy...

Tak Sempat Sampai Majlis Pengebumian Nenek, Pemain Badminton Dan Ibu Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Allahuakhbar... Al-Fatihah...