Bintang Gegar Vaganza (GV7) dan anggota kumpulan Eva, Linda akui tidak berkecil hati dengan sindiran yang diberikan oleh warganet terhadap mereka.

Bahkan menurut Linda, ramalan atau komen-komen yang menjatuhkan Eva membuat mereka menjadi lebih kuat untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

“Semua orang boleh meramalkan tentang sesuatu, tak salah pun tapi bagi Eva ramalan yang menjatuhkan itu lebih kepada memberikan semangat kepada kami.

“Membina kekuatan dan semangat nak berusaha lebih keras untuk konsert-konsert yang seterusnya,” kata Linda ketika dihubungi Gempak.

Mengulas mengenai kejayaan Eva berjaya menduduki tempat keempat, Linda memberitahu mereka sekumpulan berasa amat bersyukur.

“Eva ini berkumpulan, masing-masing ada kelebihan masing-masing. Dan sewaktu diumumkan tempat keempat, Eva mengalirkan air mata.

“Sebenarnya ketika itu kami menangis terharu kerana GV7 ini merupakan pentas yang besar dan bukan senang untuk mendapat peluang seperti ini,” jelasnya.

Bagaimanapun sedikit kelainan minggu ini apabila GV7 akan berlansung tanpa kehadiran peminat sehingga 27 Oktober depan demi mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Linda menjelaskan walaupun ketiadaan penonton, mereka tetap akan memberikan persembahan terbaik.

“Kami anggap walaupun tiada penonton di dewan tetapi yang menonton dirumah pasti mengeharapkan sesuatu yang best.

“Jadi tidak ada masalah untuk itu kerana kami anggap pentas GV7 ini kami akan membuat persembahan sehabis baik untuk menghiburkan orang,” ujarnya.

Untuk minggu kedua, Eva bakal membawakan lagu berjudul Cinta Antara Benua nyanyia asal Arni Nazira.

BACA: GV7: Peserta Bottom 3 Tarik Nafas Lega, Jaga-Jaga...Mungkin Tersingkir Minggu Depan!

BACA: GV7: Noraniza Idris Paling Letop! Recap Dan Komen Juri Konsert Pertama

Terdahulu, Eva menduduki tangga keempat dengan jumlah markah sebanyak 78.40% di konsert pertama.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza.

Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.