Hiburan
Ditanya Dah Tak Berlakon? Abby Abadi; "Kalau Ada Watak Bernilai Di Sisi Allah, Kita Join"
Pelakon Abby Abadi menegaskan dia hanya akan menerima tawaran berlakon seandainya ditawarkan watak yang punyai nilai di sisi Allah.
BERITA TRENDING: “Tak Pernah Bela & Menangkan Anak Saya” - Abby Abadi
Jelas Abby, dia lebih selesa berniaga dan enggan terlalu sibuk dengan komitmen penggambaran yang risau akan mengganggu tanggungjawab hariannya untuk keluarga."Ada yang tanya, akak dah tak berlakon? Menyanyi pun dah tak jugak ye kak? Tahu apa kita jawab?
"Insya-Allahh kalau ada offer watak-watak yang bernilai di sisi Allah, kita join. Kalau takde, kita berniaga jelah.
"Kita pun tak nak lah.. kalau sibuk nak shooting balik, terutama drama panjang-panjang, banyak pantang larang, nanti buat orang benci pula dengan kita... kan?
"Baik kita usaha buat apa yang kita suka, yang paling penting Allah reda," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Abby berkongsi perkembangan terkini menjalani penggambaran bersama anak perempuannya, Danisha untuk program masakan yang akan ditayangkan di Astro.
"Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Production best, director baik, kru pun semua baik.
"Tapi semua tak kenal dah, sebab dah lama kita tak shooting," tambahnya.
PILIHAN PEMBACA: "Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
Must-Watch Video