Laman Utama

Ditanya Warna Seluar Dalam & Kenapa Dicintai Isteri, Jawapan Shah Rukh Khan Memang Padu!

gempak
Maliah Surip
01/04/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
Ditanya Warna Seluar Dalam & Kenapa Dicintai Isteri, Jawapan Shah Rukh Khan Memang Padu!
Pesohor Bollywood, Shah Rukh Khan baru baru ini membuka sesi soal jawab dengan para pengikutnya di Twitter.
Sesi yang pernah dilakukan sebelumnya dengan 'tajuk' AskSRK itu menerima sambutan hangat. Shah Rukh dipercayai kerap melakukan sesi tersebut untuk beramah mesra dengan peminatnya yang berada di seluruh dunia.
Ramai pengikutnya yang begitu teruja untuk mengetahui pelbagai kisah kehidupan peribadi bintang itu.
Dalam salah satu soalan yang diterima, Shah Rukh ditanya mengenai warna seluar dalamnya.
'Apakah warna seluar dalam anda?' cuit seorang pengguna Twitter dengan nama @kamalesharts.
Berasa soalan yang ditanyakan tidak relevan, Shah Rukh kemudian dilihat menjawab: "Saya hanya melakukan #asksrk untuk soalan yang bijak dan berkelas."
Jawapan yang diberikan Shah Rukh mendapat sokongan peminatnya yang lain.
Malah ramai peminat yang lebih tertarik untuk mengetahui mengenai keluarganya, termasuk kisah rumah tangga bersama Gauri Khan.
Itu termasuklah soalan yang diberikan oleh peminat mengenai apa yang paling dicintai Gauri mengenai dirinya, Shah Rukh dengan santai menjawab kerana dirinya mempunyai kualiti seperti seorang suri rumah.
"Mengapa Gauri mencintai anda?", dan dijawab Shah Rukh: "Kerana saya boleh memasak dan mengemas serta boleh menjaga anak.
"Dan saya rasa rupa paras yang kacak juga membantu (dicintai isterinya)".
Dalam sesi soal jawab yang sama, ramai yang bertanya bila beliau akan kembali ke layar perak.
Tanpa mendedahkan mengenai projek terkininya, Shah Rukh memberi jaminan beliau akan kembali sementelah saat ini sedang menjalani projek terbaharu.
Bagaimanapun, laporan media Bollywood mengatakan Shah Rukh akan muncul bersama Deepika Padukone dan John Abraham dalam sebuah naskhah.
Instagram & Twitter: @srk
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live