Sejak akhir-akhir ini gaya serta imej penyanyi Masya Masyitah sering ditegur dan dikecam netizen kerana dikatakan tidak melambang seorang muslimah, malah dianggap pelik.

Terbaharu sekali lagi penampilannya dikecam kerana memakai skirt pendek dengan seluar ‘legging’ yang melekap menamppakkan bentuk kaki dan betisnya.

Tidak seperti kebiasaannya Masya hanya mendiamkan diri tetapi kali ini menerusi satu komen dalam kemas kini terbaharunya di Instagram (IG), dia dilihat membalas komen berkenaan.

Pengguna laman sosial itu menegur supaya Masya menjaga imej Muslimah yang dibawa dari terpesong jauh serta meminta penyanyi itu tidak lagi bertenang seperti yang ditulis dalam kapsyennya.

“Adik, tak payah nak calm (tenang) sangat..Tahu dalam hati tu Allah dah jentik. Asyik viral sana sini pasal pemakaian awak tak sudah-sudah.

“Ada sesuatu Allah nak beritahu awak gadis Muslimah, Jaga la imej Muslimah yang sebenarnya. Jangan jadi bahan fitnah, jangan mengundang fitnah,” komen salah seorang pengikut itu.

Komen itu telah membuatkan Masya tampil membalas ringkas.

“Thank you sisturr (sister),” balasnya.

Difahamkan Masya memuat naik foto-fotonya itu ketika berada di luar negara dan terkini di Jepun.