gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Mahu Stesen TV Bayar RM18,000 Kadar Segera! - “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”
HIBURAN
Chiwan Respons Dituduh Perlekeh Suri Rumah - "Maaf Kalau Percakapan Saya Dalam Radio Ada Salah Faham"
HIBURAN
Ubai ‘Buru’ Individu Komen Fitnah, Dakwa Hanya Shila Amzah Bekerja Untuk Tanggung Keluarga - “Bukan Kata Dah Berhenti…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dituduh Ada Unsur 'Setan' & Simbol Dajal, Hindia Dilarang Buat Persembahan

Maliah Surip
Maliah Surip
15/07/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Ada Unsur 'Setan' & Simbol Dajal, Hindia Dilarang Buat Persembahan
Kumpulan Hindia dilarang tampil di Festival Ruang Bermusik 2025 Tasikmalaya - Jawa Barat selepas didakwa membawa unsur setan dan simbol dajal dalam karya dan persembahannya.
Hindia atau Baskara Putra dijadualkan membuat persembahan di festival di Tasikmalaya bersama .Feast dan Lomba Sihir pada 19 dan 20 Julai 2025.
Namun sejumlah masyarakat Islam di Tasikmalaya menolak Hindia melakukan persembahan di festival tersebut atas dakwaan telah melanggar norma syariat dengan pemahaman berbeza dan simbol tertentu.
“Beberapa kelompok di Tasikmalaya menolak .Feast, Hindia, dan Lomba Sihir di Ruang Bermusik 2025 kerana dianggap mengandung unsur setan," lapor Metronews.
Ketua Al Mumtaz Kota Tasikmalaya Hilmi Afwan mengatakan, Hindia membawa simbol seperti dajal dan dewa. Lantaran itu mereka menyifatkan ia tidak sesuai dengan norma masyarakat Tasikmalaya yang terkenal sebagai Kota Santri atau daerah yang terkenal dengan pusat pengajian Islam.
“Yang menjadi masalah adalah muzik Hindia mempunyai indikasi berunsur setan yang memang melanggar norma syariat terutamanya pemahaman simbol, dewa dan lambang atheis dengan freemason.
“Konsert muzik Hindia harus dibatalkan dan tujuannya untuk menyelamatkan akidah generasi muda dari pengaru muzik dan liriknya membawa penonton ke dalam neraka," katanya.
Hilmi bagaimanapun menegaskan Tasikmalaya tidak alergik dengan muzik dan seni namun menolak yang mempunyai norma di luar agama.
Terdahulu, Hindia pernah berdepan dakwaan sama apabila dituduh membawa unsur setan saat melahirkan albumnya, Lagipula Hidup Akan Berakhir (LHAB) yang mengandungi 28 buah lagu pada 2023.
Lagu yang disifatkan ‘bermasalah adalah Matahari Tenggelam dengan antara lirik yang dianggap mengajak pendengar menuju kesesatan berbunyi: “kudoakan kita semua masuk neraka.”
Hindia bagaimanapun menjelaskan lagu Matahari Tenggelam adalah lagu tentang cyberbullying dan mentaliti berkelompok orang-orang di internet.
Topic Berkaitan
#Viral
#Indonesia
#Syaitan
#Dajal
#Hindia
#Simbol
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement