Laman Utama
Dituduh Buat Gaya Illuminati & Lambang Dajjal, Ini Respon Mimi Lana
Nampaknya, kini tiba giliran pelakon Mimi Lana ‘dituduh’ terlibat dengan Illuminati!
Menerusi rangkaian gambar terbaharu yang dimuat naik oleh dramatis itu di Instagram, terdapat sekeping gambar yang memperlihatkan Mimi membentuk segi tiga dengan menggunakan kedua ibu jari, jari telunjuk dan jari hantunya.
Gaya segi tiga tersebut meraih tanda tanya pengikutnya yang rata-rata mengaitkan Mimi dengan Illuminati. Tidak kurang, ada juga yang mendakwa bahawa lambang berkenaan persis lambang Dajjal.
“Macam lambang Illuminati,” tulis seorang pengguna Instagram ringkas pada gambar yang dikongsikan Mimi.
Kemudian, seorang lagi pengguna membalas komen berkenaan dengan andaian yang nama Mimi kian popular kerana terlibat dengan agenda berkenaan.
“Sebab tu cepat naik glamor sekarang,” katanya.
Bagaimanapun, Mimi tidak terus membiarkan netizen membuat andaian kosong terhadap gambar yang dikongsikannya. Tidak terkesan dengan kritikan, Mimi membalas komen yang mengaitkannya sebagai sebahagian daripada agenda Illuminati dengan nada berseloroh.
“Tahu virus coronapalatau tak? Tak tahu Google. Macam-macam korang ni,” ujar Mimi sambil meletakkan emoji ketawa.
Sungguhpun begitu, masih ada antara pengikut yang menasihati Mimi supaya memadam gambar berkenaan.
“Uish, gambar nombor empat rasanya tak sesuai dan boleh delete,” pesan seorang pengikutnya.
Kemudian, ada juga pengikut yang menulis: “Gambar ke-4 gone wrong,” tulis netizen.
Sebelum ini, beberapa artis tempatan pernah terkait dengan tuduhan melibatkan diri dengan Illuminati.
Antaranya apabila selebriti dan pendakwah bebas, Heliza Helmi menutup sebelah matanya sebagai tanda solidariti rakyat Palestin sekitar dua tahun lalu.
Must-Watch Video