Bintang terkenal Jennifer Aniston menjadi wajah hadapan majalah Allure.
Dalam temubual yang dilakukan, wanita berusia 53 tahun itu bercakap tentang fasa kehidupannya termasuk saat berusaha mendapatkan anak.
Tanpa berselindung Aniston mengaku seperti wanita lain yang sudah berkahwin, dirinya juga dibayangi dengan keinginan mempunyai anak.
Malah kerana tak kunjung hamil secara semulajadi, Aniston mengatakan pernah melakukan proses mendapatkan anak secara IVF.
“Spekulasi bertebaran sejak bertahun tahun mengenai kehamilan atau kesuburan saya.
“Saya telah melakukan IVF, minum Teh Cina, saya lakukan semua untuk hamil. Namun ia tidak menyebelahi saya. Tapi saya tak pernah menyesal,” ujar Aniston.
Dalam temubual sama, pelakon siri popular Friends itu juga menafikan punca penceraian dengan Justin Theroux pada 2018 mempunyai kaitan dengan masalah zuriat.
“Itu adalah satu penipuan, satu fitnah. Saya tidak ada apa untuk diselindungkan,” tegasnya.
Saat ditanya adakah dia terbuka untuk berkahwin lagi pada masa akan datang, Aniston mengatakan buat masa ini dirinya tidak terfikir kembali memegang status isteri.
“Saya tidak cakap tidak akan (kahwin). Tapi bukan pada masa ini,” katanya.
Apa yang penting baginya sekarang adalah semua pengalaman pahit yang dilaluinya sekitar usia 30an dan 40an dengan percubaan mendapatkan anak dan gagal telah membuat hidupnya lebih baik dan bermakna sekarang.
“Saya sangat bersyukur dan tidak pernah menyesal dengan usaha dan kehidupan sebelum ini. Jika rasa penyesalan ada, saya tidak akan boleh bergerak ke depan.
“Saya akan sentiasa bimbang. Tapi sekarang, saya sudah tidak memikirkan apapun. Saya tak peduli,” kata Aniston.
Foto: Allure Magazine
Maliah Surip
Thu Nov 10 2022

_1.png?ext=.png)
#FOODIESLIFE: Minum Kopi Bercampur Arang? Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu…
Jangan berani-berani cuba

Pelancong China Buat Hal, Gondola Terbalik Sebab Sibuk Selfie
Kejadian berlaku di Venice, Itali.

Taylor Swift Dinobat Person Of The Year 2023, Kalahkan Vladimir Putin
Person of The Year 2023 versi majalah berprestij, Time.

Lelaki Dikecam Enggan Alihkan Beg Yang Diletakkan Di Tempat Duduk Kosong Dalam LRT
Siap buka kasut lagi

Melly Goeslaw Hidupkan Allahyarham Nike Ardilla, Bukan Hanya Nyanyi Siap Ada Video Klip
Nike Ardilla dihidupkan dengan bantuan teknologi AI

Ryzal Ibrahim Mahu Anak Fasih Bahasa Ibunda - “Saya Utamakan Melayu Dulu Baru Korea”
Bagusnya Ryzal dan Maryam ni.

Selena Gomez Bercinta Dengan Rakan Justin Bieber
Pusing-pusing ke situ juga
GELAK 90 Saat Bonus (8) - Melayu Cerdik Kuala Kangsar
Melayu Cerdik Kuala Kangsar.
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
GELAK 90 Saat Bonus (7) - Bahagia itu sederhana gais
Bahagia itu sederhana gais. Main benda simple pun dah happy.
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go. Undi di gempak.com/gelak90saat (Jumaat jam 9-10 malam)
GELAK 90 Saat (7) - Kecik cari finalis Gelak 90 Saat
Kecik cari finalis Gelak 90 Saat.