,
Laman Utama

Dituduh ‘Kerap’ Jadi Produser Album Siti Nurhaliza Hingga Hilang Kualiti, Ini Jawapan Aubrey Suwito - “Tolong Jangan…”

Izwan Isa
26/06/2023
06:50 MYT
Maestro muzik tersohor, Aubrey Suwito menjawab kenyataan peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilihat kurang bersetuju apabila penyanyi nombor satu negara itu masih lagi menggunakan khidmatnya sebagai penerbit album.
Aubrey menerusi kemas kini di Instagram berkata, dia hanya menjadi penerbit untuk album Siti Nurhaliza sebanyak dua kali iaitu untuk album Transkripsi dan juga Fragmen.
“Pertama sekali, izinkan saya untuk memperjelaskan bahawa arah sebuah album muzik datang daripada seorang penerbit album’. Penerbit Album yang memilih lagu-lagu, mengawasi penerbit dan arranger lagu yang berbeza, dan juga menguruskan semua aspek teknikal seperti mengupah orang terbaik untuk proses mixing dan mastering.
BACA: "Hentikan Budaya Air Humiliation! Kalau Nak Marah Pergi Ke..." - Aubrey Suwito
“Kadang-kadang, ini boleh dilakukan oleh seorang penerbit muzik berpengalaman yang dipercayai oleh artis dan label rakaman, atau kadang-kadang ia boleh dilakukan sepenuhnya oleh artis (dan pasukan beliau). Untuk Transkripsi, saya telah ditugaskan sebagai Penerbit Album.
“Namun, dari tujuh album terakhir sejak Transkripsi, hanya sekali saya diberi tugas sebagai Penerbit Album Siti, iaitu Fragmen, yang saya co-produce bersama Allahyarham Mujahid Abd Wahab dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Selain album itu, peranan ‘Penerbit Album’ diambil alih oleh SNP dan mereka menggunakan perkhidmatan pelbagai penerbit dan pencipta lagu,” katanya.
Tambah Aubrey, dia hanya terlibat sekitar 10 buah lagu sejak penerbitan album Transkripsi.
“Sebenarnya, daripada 73 lagu dalam album-album Siti sejak Transkripsi, saya hanya terlibat dalam kira-kira 10 lagu.
“Jadi, komen anda yang menamakan saya sebagai ‘main point’ sebabnya ‘kurangnya quality’ album Siti sangat tidak adil. If you don’t have all the facts, tolong jangan merepek ya?!”
BACA: Dituduh Perli Siti Nurhaliza Di Twitter, Aubrey Suwito Beri Penjelasan - "Mungkin Ada Tak Faham Konteks..."
“Kepada semua ‘peminat muzik’ yang kononnya hebat di luar sana… kalau korang tak suka muka saya, nama saya, even music saya, I’m ok. I can live with that, I can respect your decision. Tetapi tolong jangan rosakkan reputasi saya ataupun orang lain berdasarkan maklumat anda yang tidak berasas,” tutup Aubrey.
Album terbaharu Siti Nurhaliza yang diberi judul Sitism bakal menemui peminat di semua platform digital pada 30 Jun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Judika Mahu ‘Balas Dendam’ Di Konsert Bersama Siti Nurhaliza - “The Journey Of Sound Akan Menjadi…”

gempak
21/10/2024
13:55 MYT
Penyanyi terkenal Indonesia, Judika mahu ‘membalas dendam’ menerusi konsert The Journey Of Sound yang akan diadakan bersama penyanyi tersohor Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Unitar