,
Laman Utama

"Hentikan Budaya On-Air Humiliation! Kalau Nak Marah Pergi Ke ..." - Aubrey Suwito

Amri Hassan
24/01/2023
08:46 MYT
Pengarah muzik dan penerbit, Aubrey Suwito berpendapat ada cara lain untuk menegur artis yang menyertai program televisyen berbentuk pertandingan.
Jelas Aubrey, budaya memarahi artis secara langsung akan menjatuhkan air muka dan perlu dihentikan segera.
"Secara peribadi, saya rasa ‘on-air humiliation’ perlu dihentikan. Nak marah, pergi ke bilik persalinan dia selepas habis persembahan.
"Kepada semua artis yang pernah dikritik di kaca TV, tabahlah! Terus menjadi diri sendiri. Berusaha perbaiki diri tetapi kekal dengan kekuatan dan gaya muzik anda," ciapnya di Twitter.
Tambah Aubrey lagi, penyanyi tidak seharusnya ditekan untuk menjadi versatil namun sepatutnya diberikan ruang untuk membina identiti diri dan bakat sendiri.
"Genre muzik berbeza. Ia memerlukan kekuatan, gaya dan bakat yang berbeza. Adakah anda menjangkakan seorang pemain bola sepak juga akan menjadi pemain tenis dan hoki yang hebat?
"Benar, ada sesetengah artis boleh menyanyikan pelbagai genre dengan mudah, tetapi adakah itu sahaja yang kita mahukan? Adakah itu sangat penting? Adakah kita suka Anuar Zain dan Sheila Majid kerana mereka versatil?
"Tetapi di sini, setiap minggu stesen televisyen mengharapkan artis untuk menjadi versatil, dan mencabar mereka menyanyi setiap genre yang wujud dan mengharapkan persembahan terbaik. Kalau Blackpink di sini, kita mungkin akan menjangkakan mereka menyanyi lagu asli satu hari nanti," tulisnya.
Justeru, nasihat Aubrey lagi masyarakat harus menukar fokus kepada kekuatan dan keunikan artis dan bukannya mahu mengaibkan mereka.
"Ingat bekas pemenang American Idol, Adam Lambert? Apa-apa lagu pun, dia buat dengan caranya sendiri. Itulah muzik, itulah pembangunan artistik," ujarnya.
Kecoh baru-baru ini apabila penyanyi Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh juri tetap selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni