Laman Utama
Dituduh Penunggang Agama? Ini Jawapan Abby Abadi, Win! “Fitnah Busuk, Saya Tahu Azab Seksa Allah”
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi membidas dakwaan seorang individu yang melabelkannya sebagai penunggang agama hanya kerana kembali berlakon.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Abby menjelaskan dia bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai detik perubahan yang dihadiahkan Allah dalam kehidupannya.
“Kongsi pengalaman untuk sama-sama ambil iktibar. Kalau seseorang nak kembali pada Islam, berusaha nak jaga agama Dia, patut kita sesama Islam saling menyokong… Saling berbahagi semangat. Yang ni macam mencari-cari salah orang. Tuduh-tuduh pula orang penunggang agama.
“2012 Allah hadiahkan saya sesuatu yang tiada dalam diri saya dulu. Kesedaran… Ya kesedaran untuk hidup ikut ajaran Islam.
“Lahir Islam dah. Tapi tak guna bila Islam kita hanya pada nama dan IC sahaja. Itulah antara detik perubahan pada diri saya. Yang mana waktu itu saya ibu tunggal. Anak-anak pun kecil lagi.
“Saya guna peluang dan ruang yang Allah bagi sebaik mungkin. Anak-anak pun memang saya jaga sepenuhnya. Saya usahakan sehabis baik untuk kami semua dekat dengan Allah.
“Dan asbab dari hadiah yang Allah bagi tu, saya bersyukur anak-anak kenal Allah, kenal Al-Quran dan hidup beramal dengan Islam. Saya kongsikan pengalaman saya bila dijemput untuk bercerita.
“Allah terangkan hati untuk saya membezakan halal danharam. Jadi tak salah rasanya untuk saya bercerita. Dan bila bercerita pengalaman saya bukan bermakna saya ni tak akan buat apa-apa salah dah. Saya manusia yang berusaha nak jadi lebih baik dan baik dari sebelumnya,” coretnya.
Tambah Abby, dia menerima tawaran berlakon setelah mempertimbangkan beberapa faktor yang bersesuaian dengan penghijrahannya.
“2019 ke 2020 saya ada di panggil shooting Gerak Khas. Atas sebab lama tak berukhuwah, atas niat tak nak putuskan silaturahim, saya terima.
“Memang keadaan pun berbeza. Saya genggam kuat agama saya. Saya tahu ada yang kecil hati, rasa lain bila saya tak bersalam dengan mereka.
“Tapi saya memang tak boleh. Walaupun dah lama kenal, dah macam adik-beradik. Dah bertepuk tampar sebelum-sebelum ini, bila Allah bagi faham, tak akan saya nak ulang benda-benda salah tu lagi… Betulkan?
“Tak pernah terfikir nak jadi penunggang agama aih sebab saya tahu azab seksa Allah tu macam mana.
“Cuma sebagai manusia, iman turun naik tu biasa, saya pun tak mugkin sempurna… Tapi InshaAllah selagi Allah izinkan, hidup dan mati saya hanya kerana DIA. Harap menjawab fitnah busuk ini,” jelasnya.
Terdahulu, seorang individu menuduh Abby sebagai penunggang agama di TikTok dengan ayat “sembang dulu berlakon haram, ni buat TikTok halal… Penunggang,”
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Must-Watch Video