Laman Utama
Dituduh Persenda OKU, Andi Bernadee Tampil Mohon Maaf, Jelas Keadaan Sebenar
Penyanyi Andi Bernadee tampil menjelaskan keadaan sebenar dan memohon selepas hantarannya di laman sosial Instagram (IG), mengundang rasa kurang senang netizen.
Jelas Andi hantaran dibuatnya tidak ada kena mengena dengan tokoh OKU Zhariff Afandi sehinggalah dikaitkan dengan kontroversi melibatkan Baby Shima.
Pada ruangan komen juga tidak ada pengikut di IG yang mengaitkan video yang dimuat naik dengan mana-mana individu.
Tambah Andi, dia juga pernah terlibat dengan acara melibatkan golongan OKU dan tidak mungkin akan mengguris hati mereka dengan sengaja atau tidak sensitif.
Penyanyi Kais Pagi Kais Petang itu bagaimanapun dengan rendah hati memohon maaf kepada Zhariff dan semua pihak yang terguris dengan hantaran dibuat.
Menerusi penjelasan yang dibuat Andi menerusi ruangan iG Story itu lagi niat asalnya memuat naik video tersebut sebagai muslihat (trick) semata-mata, jauh sekali untuk menyindir atau mempersenda golongan OKU.
Andi turut memuat naik foto pengikut yang turut meninggalkan komen menyedari kandungan video tersebut tidak menghina sesiapa namun, melihatnya sebagai muslihat.
Bagaimanapun kata Andi, dia berharap agar penjelasannya dapat menjernihkan semula keadaan dan menjadikannya sebagai pengajaran.
Andi juga turut meninggalkan pesanan kepada indiviidu yang menuduhnya secara membuta tuli tanpa mengetahui pucuk pangkal cerita.
Selain itu Andi sempat meninggalkan pesan kepada mereka yang ingin memuat naik kandungan di laman sosial masing-masing supaya berhati-hati supaya orang lain tidak terpalit sama.
Terdahulu seorang pengguna laman sosial yang menggunakan nama Naddimusic telah memuat naik hantaran di IG Strory mendakwa Andi menghina sahabat baiknya Zhariff Afandi.
Sebelum itu, Naddimusic juga telah menegur Baby Shima yang didakwanya mempunyai niat menghina menghina Zhariff Afandi selepas memuat naik video parodi cara tokoh OKU itu meminum air menggunakan kaki.
Must-Watch Video