,
Laman Utama

Dituduh Pura-Pura Buta Gara-Gara Guna Telefon Bimbit Dan Main Futsal, Dinie Rashid Berusaha Didik Peminat Mengenai Masalah Macular Dystrophy

Izwan Isa
25/10/2021
23:50 MYT
Perjalanan Dinie Rashid dalam bidang seni tidaklah ‘terang’ seperti rakan artis lain. Mengalami masalah penglihatan sejak berusia sembilan tahun, pemilik nama sebenar Muhammad Dinie Abdul Rashid itu mengakui terpaksa melalui pelbagai rintangan demi mencapai cita-cita sebagai seorang penyanyi berjaya.
Menderita masalah ‘macular dystrophy’, Dinie, 29, menyifatkan pengakuannya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap masalah penglihatan yang dialaminya.
Katanya, masalah penglihatan tidak hanya berlingkar dalam situasi ‘buta’ atau kegagalan untuk melihat semata-mata. Sebaliknya, ia merangkumi ruang lingkup yang lebih besar.
“Tidak dinafikan, ada yang fikir OKU penglihatan ini hanya terdiri daripada mereka yang buta. Namun, ia tidak benar sama sekali kerana ada masalah lain yang turut menyumbang kepada kegagalan untuk melihat dengan jelas. Jadi, sebab itu jika saya mempunyai peluang untuk bersembang, saya akan bercerita mengenai masalah saya ini.
“Sungguhpun tidak dapat melihat dengan jelas, saya tidak pernah anggap hal ini sebagai satu kekurangan. Sebaliknya saya sama-sama berkongsi dengan masyarakat di luar sana mengenai penyakit yang saya alami ini.
“Pada awalnya, saya pun segan dengan situasi saya ini. Dan saya yakin, ramai yang senasib turut berkongsi rasa yang sama.
“Tetapi, sebagai penyanyi, saya berasa bertanggungjawab untuk berikan pemahaman yang betul kepada orang luar,” katanya ketika ditemui pada majlis Indigital Music Nite di D’Empangan Udang Galah, Putrajaya baru-baru ini.
Masalah ‘molecular dystrophy’ merupakan masalah yang menyerang pada saraf mata sehingga mengganggu penglihatan. Menurut Dinie, apabila usianya mencecah 20 tahun, nikmat untuk melihat ditarik sepenuhnya dan kini hanya mampu melihat sebanyak 20 peratus sahaja.
Peserta Big Stage 2020 itu mendedahkan, dia perlu tampil memberi penjelasan terhadap masalah penglihatannya kerana pernah dituduh menipu oleh segelintir individu.
“Saya pernah dicop sebagai penipu (menipu sebagai buta). Banyak rungutan yang dilemparkan kepada saya seperti kenapa mamat ni boleh berjalan tapi kadang-kadang tersepak sana-sini?
“Malah sebelum ini, saya pernah dikritik kerana menyertai futsal yang disediakan khas untuk individu cacat penglihatan.
“Menurut mereka, ‘Kata tak nampak tapi main futsal’, ada juga yang komen ‘Mana boleh orang yang tak nampak pegang telefon bimbit’,” katanya lagi.
Tidak mahu peminat terus terasa ditipu, Dinie menjelaskan yang dia akan sentiasa berkongsi tentang penyakitnya itu dan cuba untuk mendidik masyarakat dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapinya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Makan Ubat Dari Bidan, Gadis 13 Tahun Ini Buta Kedua Mata!

gempak
10/08/2024
23:50 MYT
Seorang anak gadis di Palembang, Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas kedua-dua matanya menjadi buta selepas mengambil ubat daripada bidan.
Berita

Lelaki Buta Mata Selepas Tampar Lalat Hinggap Di Muka

gempak
27/07/2024
07:50 MYT
Seorang lelaki di China telah buta sebelah mata selepas menampar seekor lalat dikenali sebagai dry fly yang hinggap di mukanya baru-baru ini, lapor South China Morning Post.
Viral

Bantu Lelaki Cacat Penglihatan Balik Ke Rumah, Jasa Baik Anis Nabilah Dipuji - “Bless Your Kind Heart”

gempak
12/05/2024
07:55 MYT
Pengacara dan cef selebriti, Anis Nabilah baru-baru ini memuat naik satu hantaran menyentuh hati di mana dirinya membantu seorang lelaki yang mengalami cacat penglihatan untuk pulang ke rumah. Menerusi kapsyen entri tersebut, Anis menerangkan bahawa dirinya terserempak dengan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Prakash semasa sedang makan di s
Laman Utama

Putri Ariani Kata Macam Mimpi Dapat Golden Buzzer Di AGT, Dua Hari Video Ditonton 14 Juta Kali

gempak
10/06/2023
14:50 MYT
Viral di media sosial!
Laman Utama

Ibu Bapa Ini Kembara Dunia Sebelum 3 Anaknya Buta: “Kami Tidak Mahu Mereka Kenal Gajah Hanya Dari Buku”

gempak
15/09/2022
14:20 MYT
Anak-anak mereka punyai penyakit retinitis pigmentosa
BorakSeeni