Laman Utama

Dituduh Saja Cipta Gosip Murahan Dengan Wafariena, Iqbal Zulkefli; "Bukan Saya Mula, Netizen Dulu..."

gempak
Shahrin Zulkifle
11/11/2022
10:00 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Saja Cipta Gosip Murahan Dengan Wafariena, Iqbal Zulkefli; "Bukan Saya Mula, Netizen Dulu..."
Penyanyi dan pengsohor Iqbal Zulkefli menafikan dakwaan ibu kepada pelakon Wafariena, Suzana Hamad yang mengatakan dirinya sengaja mencetuskan ‘gosip cinta’ yang berbaur publisiti murahan bersama anaknya.
Jelas Iqbal, gossip tersebut timbul bukan berpunca daripadanya, sebaliknya netizen di laman sosial yang memulakan cerita tersebut.
“Bukan saya yang mulakan gossip, netizen dulu yang usik mengusik itu biasalah. Kalau tak selesa cakap awal-awal, bukannya saya tak tanya dulu sebelum post.
“Bila keluar gossip baru nak melenting post video sindir saya. Walaupun jelas saya bagi tahu kawan sahaja.
“Kalau ada kekasih itu hak Wafa, saya tidak ambil tahu kerana saya hanya menjalankan tugas untuk promosi,” ujarnya menerusi satu hantaran di IG Stories.
Terdahulu, Iqbal memuat naik gambar bersama pelakon Wafariena di Instagram miliknya sehingga mencetuskan cakap nakal netizen yang mendakwa mereka berdua seakan sedang ‘bercinta’.
Difahamkan juga, gambar mesra mereka di atas sebuah motorsikal diambil ketika Iqbal dan Wafariena sedang menjalani penggambaran filem di Kelantan.
Dalam pada itu, pelantun lagu Hujan itu berkata seadainya dia mempunyai perasaan terhadap Wafariena, pasti dirinya akan berterus terang kepada Suzana.
“Kalau saya ada hati dengan Wafa, saya tak main sembunyi, depan ibu (Suzana) saya akan bagi tahu untuk masuk meminang.
“Harap jaga nama baik saya juga walaupun saya sentiasa dipandang tak baik oleh orang ramai,” tambahnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live