Laman Utama
Dituduh Sakan Bergembira di Pulau Langkawi, Alyah 'Sekolahkan' Netizen - "Saya Tak Naik Kapal Persiaran Untuk Suka-Suka"
"Saya tak naik kapal persiaran untuk suka-suka dan tidak berkeinginan pun ke Langkawi kalau setakat nak tukar baju fesyen."
Itu jawapan dari penyanyi Datin Alyah, 40, selepas dituduh dan didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) oleh netizen di Instagram (IG).
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan berkata kehadiran dia ke Pulau Langkawi adalah untuk penggambaran muzik video lagu Thank You Allah.
"Sejak saya berada di Langkawi ni, macam-macam mesej yang saya terima contoh seperti di atas. Itu belum yang tak kenal dengan tiada salam terus maki hamun saya persoal pasal SOP.
"Saya masih seorang penyanyi dan bekerja di bawah label saya sendiri. Sebagai peniaga muzik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan ini berterusan.
"Peniagaan muzik ini bukan hanya pada halwa telinga sahaja tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual juga.
"Pihak saya dan team Like Music Sdn Bhd ke Langkawi kerana atas urusan kerja bagi menyiapkan muzik video (MV) terbaru saya, Thank You Allah.
"Apa yang diusulkan oleh anda yang macam tak puas hati terhadap saya betul ia terjadi tapi kesemuanya atas pemintaan bagi menyiapkan MV terbaru saya ya," tulisnya.
Menerusi posting itu, pelantun lagu Jutaan Purnama itu turut memuat naik surat bukti permohonan merentas negeri yang bermula dari 4 hingga 7 April.
Di samping itu, permit perniagaan yang didaftarkan atas nama syarikatnya iaitu Like Music Entertainment yang masih sah sehingga 18 Januari 2024 juga dikongsikan kepada umum.
Tambah isteri kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS, dia dan tenaga kerja yang terlibat sudah menyediakan segala dokumen perjalanan dan juga surat kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum mereka merentas negeri.
"Sebelum saya dan team ke Langkawi, kami sedaya upaya menyediakan segala dokumen perjalanan juga surat kebenaran dari pihak berkuasa. Kalaulah saya tak cerdik juga, saya minta maaf," tulisnya lagi.
Sebelum ini, ada individu yang tidak diketahui identitinya menghantar mesej meluahkan ketidakpuasaan hati melihat aktiviti Alyah sepanjang berada di pulau bebas cukai itu.
"Sakan Langkawi.. kemain saya tengok sis dengan kawan-kawan. Duduk makan stimbot, naik kapal mewah sambil tukar-tukar baju fesyen.
"Duduk ramai pun hotel mahal. Kerja berapa minit ja kan? Macam takda hati, orang lain nak cuti tapi sis belanja video dan gambar.
"Macam tak cerdik pun ada sis ni. Maaf saya saling beringat ya," tulisnya.
Must-Watch Video