gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Pukul 12 Tengah Malam, Terbau Bau Wangi Bunga Dalam Kereta" - Shiha Zikir Kongsi Detik Seram, Lalu Highway ...
HIBURAN
Hafiz Suip Berdamai Dengan Takdir, Belajar Tentang Penyesalan Hidup - “Amarah… Salah Satu Yang Menyebabkan Diri Saya Hancur”
VIRAL
"Kami Belajar Guna Kancil, Dia Ferrari" - Netizen Terkedu Level 'Anak Kayangan’ Ammar Ahyan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dituduh Sebagai ‘Scammer’, Hamidah Wahab Tuntut Individu Tabur Fitnah Mohon Maaf - “Saya Akan Saman Kalau…”

Umirah Halim
Umirah Halim
24/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Sebagai ‘Scammer’, Hamidah Wahab Tuntut Individu Tabur Fitnah Mohon Maaf - “Saya Akan Saman Kalau…”
Pelakon senior, Hamidah Wahab tampil mempertahankan maruah dan membersihkan namanya selepas difitnah sebagai scammer oleh seorang individu yang tidak dikenalinya secara rapat.
Hamidah, 69, atau lebih mesra disapa Kak Midah memaklumkan dirinya sudah membuat dua laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya individu terbabit tidak tampil bersemuka dan memohon maaf secara terbuka.
“Saya dah buat dua laporan polis. Sekarang ni kes tengah disiasat. Dia ingat boleh delete Facebook, Instagram semua… tapi dia salah. SKMM akan korek dan dapat balik semua bukti,” katanya.
Hamidah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media yang bertempat di sebuah hotel di ibu kota pada Rabu.
Hamidah yang cukup sinonim dengan drama Tanah Kubur, turut menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai satu bentuk siber buli yang keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.
Malah, tuduhan liar itu juga menyebabkan nama baiknya tercalar, selain menjejaskan perniagaan ahli keluarganya.
“Selama saya hidup 69 tahun, tak pernah orang tuduh saya begini. Anak buah saya doktor, mereka pun kena tuduh. Bisnes keluarga terjejas teruk.
“Kalau betul saya ambil duit RM100,000 seperti yang dia kata, tunjukkan bukti. Mana bank statement? Mana surat?” katanya.
Selain itu, Hamidah turut mempersoalkan motif sebenar individu tersebut yang didakwanya sengaja mahu menjatuhkan dirinya dan keluarga atas dasar dengki dan khianat.
“Saya rasa dia ni jadi kambing hitam. Dia sendiri pernah cakap dia ada Datin, dia ada polis tolong dia. Tapi saya percaya undang-undang negara kita. Kalau dia salah, tetap akan kena,” ujarnya.
Hamidah yang sudah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak tahun 1974 juga menegaskan dirinya tidak akan berdiam diri kerana tuduhan sebagai scammer bukan satu perkara kecil dan boleh menjejaskan periuk nasinya sebagai anak seni.
“Saya cari makan sebagai pelakon. Kalau orang percaya fitnah ni, tak nak ambil saya berlakon, macam mana saya nak hidup?
“Tuduhan ni bukan kecil, saya akan saman malu dan saman fitnah kalau dia tak datang jumpa dan mohon maaf,” katanya lagi.
Jelas Hamidah lagi, dirinya juga tidak kenal secara peribadi dengan individu yang dikenali sebagai ‘Zack’ itu, sebaliknya hanya pernah berselisih semasa satu pelancaran produk.
“Saya tak pernah makan dengan dia, tak pernah keluar dengan dia. Masa pelancaran kosmetik anak saudara saya, saya cuma lambai tangan. Itu pun orang sebut nama dia Zack, saya pun tak tahu nama penuh,” jelasnya.
Antara yang paling menyentuh perasaan Hamidah apabila individu terbabit turut memuat naik gambar-gambarnya serta ahli keluarga tanpa izin dan menyebarkan fitnah termasuk menuduh dirinya terlibat dalam skim pelaburan palsu.
“Saya tengah duduk pun dia ambil gambar. Siap tulis saya buat pelaburan. Bila masa saya buat pelaburan? Semua ini fitnah. Walaupun dah banyak yang dia delete, pihak berkuasa tetap akan korek semula,” katanya sambil menunjukkan bukti gambar yang disebarkan.
Hamidah juga menjelaskan bahawa dirinya tidak akan memberi tempoh tertentu untuk individu tersebut tampil membuat permohonan maaf, sebaliknya mahu ia dilakukan secepat mungkin.
“Kalau dia tak datang, saya akan cari dan korek sampai dapat. Saya dah sabar setahun lebih. Cukuplah. Saya nak jaga nama saya, dari 1974 saya pelihara nama saya elok-elok, tiba-tiba dia cemarkan macam ni. Tak boleh,” tegasnya.
“Saya nak dia datang berjumpa kami, keluarkan kenyataan dan akui semua ini adalah fitnah.
“Saya nak dia publish muka dia, supaya semua orang tahu siapa yang cemarkan nama saya dan keluarga saya,” katanya lagi.
Hamidah turut menzahirkan rasa simpati terhadap ibu bapa individu terbabit namun menegaskan, tindakan undang-undang tetap akan diteruskan demi mempertahankan maruahnya yang telah dicemari.
“Saya tak nak tuduh sesiapa tapi saya minta pihak berkuasa ambil tindakan tegas. Saya bukan buat press conference ni suka-suka, tapi untuk bersihkan nama saya. Jangan ingat artis tak ada undang-undang,” katanya lagi.
Sebelum ini, Hamidah mendakwa dirinya difitnah secara terbuka oleh seorang individu yang menuduhnya sebagai scammer.
Lebih mengejutkan, dakwaan tersebut bukan sahaja ditujukan kepada dirinya, malah turut menyerang ahli keluarganya termasuk anak saudara yang bergelar doktor serta perniagaan milik keluarganya yang lain.
Sekadar info, Individu terbabit didakwa giat membuat hantaran fitnah di media sosial sejak lebih setahun lalu, termasuk menyebarkan gambar-gambar peribadi Hamidah serta keluarga, memalsukan maklumat dan menuduh mereka terlibat dalam aktiviti pelaburan palsu serta penipuan wang berjumlah RM100,000.
Topic Berkaitan
#Fitnah
#Scammer
#maaf
#Wahab
#hamidah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement