Tindakan usahawan Asyraf Khalid memuat naik foto anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram (IG) telah mendapat kecaman netizen.

Asyraf bersama Tya Ariffin telah dituduh tidak beradab kerana menjadikan momen cahaya mata kedua Siti sebagai content untuk saluran Youtube milik isterinya.

"Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradab. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baharu lahir di media sosial. Tokti pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot.

"Dia (Asyraf) boleh buat vlog full pula letak dekat channel Tya, are you kidding me? Istighfar istighfar. Ini tahap tumpang clout macam mana pun tak tau la," tulis seorang pengguna yang menggunakan nama @aimimiloma.

Ruangan komen IG Asyraf juga diserang oleh warganet yang ingin mendapat kepastian sama ada Siti memberi kebenaran untuk berkongsi wajah penuh bayi lelaki itu.

"@veemour: Datuk Siti okay ke awak kongsi gambar anak dia ni? Kebanyakan mummy sensitif bab expose wajah baby baru lahir ni," tanya salah seorang pengikut.

Tidak mendiamkan diri, pemilik nama Muhammad Asyraf Khalid membalas dengan menyatakan dia sudah mendapat 'green light' dari ayahnya, Datuk Seri Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K.

"Saya dah minta izin daripada ayah saya sebelum memuat naik gambar ini," tulisnya.



Bagaimanapun selang beberapa jam, komen itu telah dipadam oleh ayah kepada dua orang cahaya mata itu.

Terdahulu, Siti telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi, semalam.

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

BACA: Alhamdulillah Aafiyah Dah Dapat Adik, Datuk Siti Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Siti dan Datuk K berkahwin pada tahun 2006 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang juga hasil proses IVF selepas 11 tahun menantikan cahaya mata.