Berita

Dituduh Upah Pembunuh Tembak Roslan Shah, Ifa Raziah Buat Laporan Polis

Rozaimi Zubaidi
16/01/2018
12:53 MYT
Artis versatil, Ifa Raziah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas didakwa mengupah pembunuh upahan menembak Roslan Shah.
Ifa ketika ditemui berkata, dia dan suami terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada polis Johor Bahru yang memaklumkan tentang satu laporan polis telah dibuat oleh Roslan terhadapnya.
“Saya ingat kontroversi di antara kami sudah berakhir, tetapi nampaknya dia (Roslan) bertindak semakin melampau apabila dia menuduh saya penjenayah.
“Dalam laporan dia, saya dikatakan mengupah pembunuh upahan untuk menembak dia. Tuduhan itu melampau kerana saya sudah dicop penjenayah!
“Apa yang dia mahukan daripada saya? Adakah dia cuba untuk menutup periuk nasi saya dengan melakukan pertuduhan sebegini?
“Laporan ini saya buat untuk mempertahankan diri saya daripada kenyataan Roslan yang berniat jahat terhadap saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Sementara itu peguam Ifa, Thalia Rohaina berkata, tuduhan dibuat Roslan merupakan sesuatu yang sangat serius kerana telah membuat laporan polis palsu terhadap anak guamnya.
“Buat masa ini anak guam saya tidak ada masalah untuk memberikan kerjasama untuk siasatan.
“Pihak kami juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan selanjutnya untuk membersihkan nama anak guam saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ifa memberitahu sudah membawa perkara tersebut ke pengetahuan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Karyawan mengenai perkara tersebut.
“Esok, presiden Seniman dan Karyawan akan berada di IPD sentul bersama saya memberi kenyataan kepada pihak polis.
“Mereka juga (Seniman dan Karyawan) akan menyiasat dan meneliti perkara ini supaya tidak berulang kepada artis lain,” katanya.
Tambah Ifa, pihak polis dari Johor akan datang ke Kuala Lumpur pada Rabu (esok) untuk mengambil keterangan daripadanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelanggan Geram, Owner Suruh Ganti Sofa Baru - “Sebab Patah Sampai Buat Laporan Polis! Bukan Saya Sengaja"

gempak
01/07/2024
08:25 MYT
Tular di media sosial seorang lelaki berkongsi kisah hampir disama kerana tidak sengaja terpatahkan kaki sofa dalam satu premis perniagaan.
Hiburan

Erma Fatima Mohon Maaf Guris Hati Orang Singapura Tapi Tetap Pendirian Terhadap Sarah Yasmine

gempak
02/05/2024
11:55 MYT
Erma Fatima mohon maaf.
Hiburan

"Kahwin Jer Senang, Nak Akak Sponsor?" - Ifa Raziah Mohon Aliff Aziz, Sarah Yasmine Selesaikan Kemelut, Netizen Dua Negara Tak Bertelagah!

gempak
02/05/2024
01:50 MYT
Selebriti versatil, Ifa Raziah menyeru agar semua pihak yang terbabit dalam kontroversi melibatkan selebriti Singapura iaitu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine agar berhenti daripada terus bertelagah dan menyebarkan aib satu sama lain.
Hiburan

“Ibarat Macam Berbual, Tapi Itu Bukan Saya” - Jadi Sasaran Scammer, Aaron Aziz Buat Laporan Polis & Aduan MCMC

gempak
31/03/2024
07:51 MYT
Jangan tertipu, itu bukan Datuk Aaron Aziz.
Hiburan

"Tak Nak Bisnes Orang Lain Terkesan" - Ruhainies Tarik Diri Dari StarVendors Mega Raya KLCC

gempak
16/03/2024
02:50 MYT
Ruhainies telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada menyertai festival jualan raya StarVendors KLCC Mega Raya yang dijadual berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April nanti.