Laman Utama

Dituduh Zalim Tak Benarkan Bekas Isteri Jumpa Anak, Along Cham Dedah Cerita Sebenar - “Ada Yang Tak Ikut Kes Perceraian Kami”

gempak
Izwan Isa
27/05/2022
02:50 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Zalim Tak Benarkan Bekas Isteri Jumpa Anak, Along Cham Dedah Cerita Sebenar - “Ada Yang Tak Ikut Kes Perceraian Kami”
Baru-baru ini, pelawak Along Cham menerima kecaman netizen kerana didakwa melarang bekas isterinya, Zila Seeron bertemu dengan anak tunggal mereka, Ahmad Danial.
Dianggap sebagai perbuatan yang zalim, Along mendedahkan yang Zila sebenarnya tidak dibenarkan untuk membawa keluar Danial atau tidur di rumah kerana mengikut perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.
Along yang masih mengunci mulut tentang punca sebenar perceraian mereka berkata, dia masih lagi berlembut jika mahu dibandingkan dengan lelaki lain yang melarang bekas isteri yang nusyuz untuk terus bertemu dengan anak.
“Saya terima mesej daripada netizen di media sosial yang berkata kononnya mereka dapat maklumat yang saya tak benarkan Zila untuk datang jenguk anak dan bawa keluar daripada rumah.
“Ada yang mungkin tak faham dengan situasi sebenar, atau tidak mengikuti kes perceraian kami. Hal ini kerana, dalam perintah mahkamah, dia memang hanya dibenarkan untuk melawat anak. Yang ikut kes kami mesti faham, yang baru saja follow, mesti kata saya zalim,” katanya.
Dalam pada itu, Along menambah, dia tidak pernah melarang bekas isteri untuk menjenguk anak dan mengakui pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk Zila.
“Memang saya tidak pernah cerita punca kami bercerai tapi saya tak pernah larang untuk dia datang jenguk anak. Tentang penjagaan, saya berpendapat ramai yang faham tentang hukum nusyuz.
“Saya ni kira masih berlembut hati. Ada setengah lelaki tak bagi langsung bertemu dengan anak,” katanya lagi.
Menyambung bicara, Along turut mendedahkan yang kali terakhir Zila bertemu dengan anak mereka adalah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada awal tahun 2020.
“Mungkin juga dia ada alasan tersendiri kenapa dia tak datang tengok anak. Tapi mereka berdua ada berhubung menerusi telefon.
“Selain itu, saya pun dapat berita yang dia pun sudah mendirikan rumah tangga. Agaknya dia sibuk dengan tanggungjawab baharu. Saya nak marah pun tak boleh, dan takkan nak paksa dia datang tengok anak,” katanya lagi.
Along mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) itu pada 23 Januari 2010 dan mempunyai seorang anak (Ahmad Danial).
Bagaimanapun, pasangan ini bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live