Jika anda adalah penggemar program bual bicara Ellen DeGeneres, sosok DJ Stephen 'tWitch' Boss bukan asing.

Meski terlihat ‘baik baik sahaja’, tWitch tanpa diduga telah mengakhiri kehidupannya dengan bunuh diri - sekurangnya itu dugaan awal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Lelaki kulit hitam tersebut ditemui telah meninggal dunia dalam sebuah bilik motel di Los Angeles, lapor media tempatan termasuk TMZ dan ET.

Menurut kenyataan dari isterinya, Allison Holker, suaminya telah meninggal dunia selepas keluar rumah pada 12 Disember lalu dan pulang ke rumah.

“Ini adalah momen terberat saya harus memberitahu suami saya, Stephen telah meninggalkan kita semua," katanya dalam kenyataan tersebut.

Mengikut kronologi kes, pihak pengemas hotel atau housekeeping telah datang ke bilik yang diinap tWitch selepas dia tidak melakukan check out pada 13 Disember 2022.

Namun tWitch tidak membuka pintu walaupun telah dipanggil berulang kali, memaksa mereka memecahkannya.

Sebaik pintu bilik dipecahkan, mereka menemui mayat tWitch yang berlumuran darah dan sejumlah barang yang dipercayai digunakan untuk membunuh diri.

"Pihak berkuas menetapkan suspek meninggal dunia kerana kesan tembak yang dilakukan sendiri dan tidak ada tanda-tanda jenayah," tulis kenyataan LAPD kepada ET.

Sementara itu berita kematian tWitch disambut duka oleh Ellen yang menzahirkan perasaanya di Twitter.

“Saya begitu sedih. tWitch adalah orang yang baik. Dia adalah keluarga saya, dan saya mencintainya dengan sepenuh hati saya.

"Saya akan merindukan dirinya. Tolong kirim cinta dan sokongan kalian ke Allison dan anak-anak cantik dan tampan mereka, Weslie, Maddox, dan Zaia,” tulis Ellen.


Stephen 'tWitch' Boss telah bersama program Ellen sejak 2014 hingga program tersebut mengucapkan selamat tinggal kepada penonton pada 2022.

Pada 2020, DeGeneres mengangkat Boss sebagai produser eksekutif, dan di awal setiap episode, tWitch akan mengajak penonton Ellen untuk berjoget bersamanya.