Laman Utama

“Doakan Haider Dilahirkan Cukup Minggu”- Elly Mazlein Panik Baby ‘Mengeras’ Di Usia 35 Minggu

gempak
Syafiqah Jalal
04/10/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
“Doakan Haider Dilahirkan Cukup Minggu”- Elly Mazlein Panik Baby ‘Mengeras’ Di Usia 35 Minggu
Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein melalui detik cemas apabila bayi dalam kandungannya menunjukkan tanda kontraksi di usia 35 minggu.
Tidak membuang masa, Elly terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
“Malam tadi kelam kabut…sebab rasa baby macam dah tak sabar nak jumpa atok papa mama dan kakak Manja..mengeras...
“Alhamdulillah…terus dimasukkan ke hospital,” katanya.
Elly berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya kelmarin.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto tangan dan dipercayai bersama suaminya di hospital.
Pun begitu hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan bayinya mula bertenang dan dia dibenarkan pulang dan memantaunya di rumah.
“Alhamdulillah doktor periksa dan katanya baby dah mula relax… Kalau tak ada apa-apa boleh balik petang ni…
“Doakan kakak kepom (Elly) dan baby ya… Doakan Haider (bayinya) dilahirkan cukup minggu…,”pintanya.
Terdahulu Elly memberitahu dia kini sudah pun bercuti bersalin sebelum melahirkan bayi lelakinya tidak lama lagi.
BACA: Bakal Sambut Bayi Lelaki, Elly Mazlein Dah Cuti Bersalin
Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari, tahun lalu.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan. Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live