Merujuk kepada trend penurunan kes harian COVID-19 ketika ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap tahun ini rakyat Malaysia dapat menyambut Aidilfitri di kampung.
“Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luahnya.
Ismail Sabri berkata sekiranya trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.
"Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.
"Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam ini.
Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei depan.
Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata mulai malam ini tiada lagi sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan mulai esok manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.
Mengulas mengenai taman-taman rekreasi dan awam di sesetengah negeri yang masih ditutup walaupun kerajaan telah membenarkan aktiviti beriadah dilakukan di situ, beliau berkata sepatutnya ia tidak menimbulkan sebarang isu.
"Kita telah benarkan beroperasi kerana taman-taman ini merupakan tempat terbuka, ia kurang berisiko berbanding tempat tertutup," katanya menambah orang ramai boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) Pihak Berkuasa Tempatan atau SOP Majlis Keselamatan Negara.
Sumber / Foto: BERNAMA
Mya Amri
Thu Mar 04 2021
Rakaman Video Banglo Kosong 'Retro' Raih Perhatian Tengku Ampuan Pahang - “Untuk Dijual Ke?”
Sepotong video yang merakamkan kawasan di sekitar rumah agam kosong di Bukit Tunku Kuala Lumpur berjaya meraih perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta
Beverly Hills diketahui menjadi pilihan banyak selebriti terkenal Hollywood dan Lisa didakwa membeli mahligai di sebuah kawasan tersorok.
Bengang Dengan Kekasih, Influencer Bunuh Diri Sewaktu Bersiaran Secara Langsung
Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Sheriff: Ramai Dah Tak Sabar! Tayangan Awal Bermula Hari Ini, Dapatkan Tiket Sekarang
Sheriff memang power! Best!
5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.
Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”
Alhamdulillah...
Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”
Tak sabar nak tengok!
Kes Tertinggal Flight Sebab Boarding Pass Tak Tunjuk AM-PM, Zarul Umbrella; "Benda Simple Selalu Kita Lalai..."
Gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang, seorang pelajar yang berasal dari Sabah tertinggal penerbangan. Perkara itu terjadi apabila tiket penerbangan yang disangkakan dijadualkan pada jam 1.15 tengah hari (PM) rupa-rupanya adalah pada jam 1.15 pagi (AM). Kisah yang terjadi pada gadis berkenaan dikongsikan oleh abangnya
Content “Rempit” Views Melangit Tinggi, Marketing Untuk Andyoso, Ammor & Teah? | Motif Trending
Korang pernah layan tak content dorang dekat YouTube? Min layan pun sengih sorang sorang.
GMW: Motif Trending
️ Setiap Isnin
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Motif Trending
️ Setiap Isnin
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”
Ramai kecam watak Zarif.