Berita

“Doktor Bagi Bius, Tapi Tak Tidur... Sedar Kamera Masuk Dalam Usus” - Fakhrul UNIC

gempak
Syafiqah Jalal
02/10/2019
04:45 MYT
Sponsor Banner
“Doktor Bagi Bius, Tapi Tak Tidur... Sedar Kamera Masuk Dalam Usus” - Fakhrul UNIC
Penyanyi kumpulan UNIC, Fakhrul mengesahkan keadaannya kini semakin pulih selepas mengalami jangkitan dalam usus serta dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.
Namun, apabila dia menceritakan kembali bagaimana proses yang dilakukan ketika menjalani prosedur 'colonoscopy', Fakhrul memberitahu dia berada dalam keadaan sedar.
“Muka baru lepas buat colonoscopy. Doktor bagi bius, tapi tak lena (tak tidur), sedar camera masuk dalam usus dari A-Z.. power tak...
“Hari ke 4 lepak hospital... Alhamdulillah doctor cakap usus ok, perut pun dah tak memulas dah,” tulis anggota UNIC itu.
Fakrhul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian terbabit, dia memuat naik foto yang menunjukkan keadaan terkini dirinya.
BACA: Alami Jangkitan Dalam Usus, Fakhrul UNIC Masuk Hospital
Pun begitu, Fakhrul dinasihatkan okeh doktor untuk menjaga pemakanan dan kesihatannya.
”Kena diet dan healthy lifestyle jela dia cakap. Insya-Allah kalau result semua ok, boleh discharge dah kot harini..
“Terima kasih atas doa semua, sorry banyak WhatsApp dan DM tak sempat reply. Jaga kesihatan dan makan minum korang guys..jaga usus kita. Abang insaf buat masa ni,” katanya lagi.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar Fakhrul segera sembuh dan dapat pulang ke rumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live