gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak
HIBURAN
Bilal Indrajaya Tarikan Utama Fasa Pertama Panggung Purnama Di Zepp KL, 28 September Ini! - "Kami Percaya Magnet Bilal Buat Peminat Candu"
GAYA HIDUP
Nabil, Johan & Bella Astillah ‘Naik EV’, Semarakkan Gaya Hidup Hijau
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

DOLLA Gegarkan ROUND Festival 2025, Sempat Ajar Paul Kim Menari di Zepp KL!

Umirah Halim
Umirah Halim
25/06/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
DOLLA Gegarkan ROUND Festival 2025, Sempat Ajar Paul Kim Menari di Zepp KL!
Malam kedua Festival Muzik ASEAN-Korea 2025 (ROUND) berlangsung meriah di Zepp Kuala Lumpur apabila kumpulan sensasi tempatan, DOLLA, berjaya mencuri perhatian ramai dengan persembahan penuh bertenaga.
Membuka tirai dengan lagu Classic, DOLLA terus memikat penonton dengan rangkaian lagu popular mereka termasuk Impikan, Here 4 You, Damello, dan M.W.A!.
Lebih istimewa, DOLLA juga mempersembahkan dua lagu ikonik mereka Drip dan Boss Up dalam versi remix yang hanya dipersembahkan malam itu.
Menambah warna, sebelum membuat persembahan, ahli DOLLA juga secara spontan mengajar penyanyi Korea, Paul Kim, langkah tarian untuk lagu "Damello" dan “M.W.A!”.
Interaksi itu disambut dengan sorakan peminat yang nyata terhibur melihat aksi dua bintang dari negara berbeza itu.
Selain DOLLA, malam kedua turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan artis hebat dari rantau ASEAN dan Korea seperti band rock terkenal dari Thailand, Retrospect, kumpulan dari Brunei, The Pujanggas, wakil Korea, Dragon Pony, penyanyi pop dari Kemboja, Tep Boprek, Yan Josua dari Indonesia, tidak ketinggalan, penyanyi balada terkenal Korea, Paul Kim.
Konsert yang disiarkan secara langsung menerusi KBS World itu merupakan sebahagian daripada usaha mempererat hubungan budaya antara negara ASEAN dan Korea Selatan menerusi muzik dan seni persembahan.
Untuk rekod, malam pertama ROUND 2025 turut menyaksikan persembahan hebat daripada barisan artis seperti TOUCHED (Korea), Minh Tốc & Lam (Vietnam), He Lay (Myanmar), 1st One (Filipina), Thay Champasak (Laos), Yung Raja (Singapura) serta penyanyi tanah air, Marsha Milan.
Festival yang berlangsung selama dua hari itu membuktikan bahawa muzik mampu menjadi jambatan penyatuan antara budaya, bahasa dan rakyat dari pelbagai latar belakang seiring dengan semangat Malaysia MADANI dan usaha negara untuk mengetengahkan kekayaan budaya di pentas global menjelang Visit Malaysia 2026.
Festival anjuran bersama Korea Broadcasting System (KBS) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) ini turut mencerminkan semangat Malaysia MADANI, yang mengangkat budaya sebagai medium perpaduan serantau.
Dengan tema “Come Around, Here to Shine”, ROUND 2025 bukan sekadar festival muzik biasa, ia adalah simbol kerjasama, persefahaman dan keindahan budaya Asia yang diraikan dengan penuh gaya.
Topic Berkaitan
#Festival
#DOLLA
#Zepp
#round
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement