Laman Utama

Dr Sheikh Muzasphar, Dr Halina Sambut Kelahiran Bayi Kembar Lelaki Dan Perempuan

gempak
Azwa Rahman
21/11/2020
01:59 MYT
Sponsor Banner
Dr Sheikh Muzasphar, Dr Halina Sambut Kelahiran Bayi Kembar Lelaki Dan Perempuan
Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muzasphar Syukor dan isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunos menimang cahaya mata kembar pada Jumaat.
Dr Halina, 39, selamat melahirkan bayi lelaki jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 secara pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.
“Saya amat teruja apabila mendapat sepasang kembar lagi kerana impian saya untuk memilik anak yang ramai," kata Dr Sheikh Muszaphar kepada Harian Metro.
Tambahnya lagi, dia juga sudah mula merancang untuk 'mendapatkan' anak ketujuh sebaik anak kembarnya itu dilahirkan.
"Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.
"Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang. Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.
"Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu," ujarnya lagi.
Minggu lalu, Dr Sheikh memaklumkan isterinya berdepan kandungan yang membimbangkan dan boleh menyebabkan nyawa ibu serta bayi berada dalam keadaan bahaya jika tidak dirawat.
Sekadar info, pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun.
Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.
Kredit foto: newborn.heartshotfocus
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024