,
Terkini

Drama Dari Mata Turun Ke Hati, Astro Berjaya Cipta Pendengaran Audio 480 Minit Khas Untuk OKU

Ernalisa
27/09/2024
04:26 MYT
Astro sekali lagi membawa pembaharuan dan kelainan apabila berjaya mencipta kandungan drama dengan trek penerangan audio menerusi drama Dari Mata Turun Ke Hati.
Menurut Ketua Kakitangan dan ESG Astro Holdings, Foo Su Lynn, Dari Mata Turun Ke Hati merupakan drama pertama tempatan di negara ini yang mempunyai penerangan audio.

BERITA BERKAITAN : Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

BERITA BERKAITAN : Berdiri Atas Satu Pentas Dengan Pelakon Korea, Netizen Terpesona Dengan Kecantikan Siti Saleha

BERITA BERKAITAN :Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

BERITA BERKAITAN : Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"

Ini sekaligus membuktikan Astro berjaya membawa kelainan dalam siri kandungan siaran drama yang disiarkan.
Penerangan itu juga dilihat sebagai mekanisma terbaik untuk mengangkat martabat Orang Kelainan Upaya ( OKU) juga boleh menyaksikan drama-drama terbaik yang disajikan Astro mengikut cara mereka yang tersendiri.
"Di Astro, kekuatan dan tanggungjawab terbesar adalah capaian dan pengaruh kami. Kami berupaya untuk mencipta kandungan mengenai topik dan isu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.
"Oleh itu, kami mengutamakan menggunakan suara kami untuk kebaikan, meningkatkan kesedaran ESG melalui cerita yang akan memberi inspirasi kepada tindakan positif.
"Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis remaja kurang upaya penglihatan menjalani hari-harinya.
"Suatu mesej penting jelas dari cerita ini adalah tentang memahami pengalaman setiap golongan masyarakat dan memupuk rakyat Malaysia yang inklusif," katanya kepada media ketika ditemui selepas tayangan drama Dari Mata Turun Ke Hati pada Khamis.
Tambah Su Lynn lagi, dengan pembaharuan itu Astro telah berjaya menghasilkan pendengaran audio berdurasi 480 minit untuk drama berkenaan.
"Ini melahirkan Idea untuk melaburkan trek deskripsi audioselaras dengan strategi ESG kami dan sudah semestinga Astro amat teruja menghasilkan trek ini.

"Kami percaya ini turut meningkatkan lagi mutu industri hiburan tempatan, dan berharap usaha ini adalah langkah pertama untuk syarikat-syarikat media Malaysia mencipta kandungan inklusif.

"Lebih daripada 400,000 orang termasuk dalam golongan kurang upaya penglihatan. Marilah kita meningkatkan aksesibiliti untuk semua.

"Dengan drama Dari Mata Turun ke Hati beserta deskripsi audio sekarang boleh dinikmati oleh semua golongan kurang upaya dan seluruh rakyat Malaysia dengan percuma melalui sooka," jelasnya.

Dari Mata Turun Ke Hati ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Micheal Ang ini dibintangi pelakon muda Mierul Aiman dan Arabella Ellen.
Drama itu memulakan tayangan perdananga di Slot MegaDrama,Astro Ria sejak 12 Ogos lalu menggantikan Dedaun Hijau Angin Lalu.
Dari Mata Turun ke Hati' mengikuti kisah kehidupan Jai, seorang remaja nakal yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Iris Sofea.
Iris mempunyai masalah penglihatan yang dipanggil Amblyopia dan hanya dapat melihat sesuatu yang berada sangat dekat dengannya.
Kedua-dua drama adaptasi ini memaparkan jalan cerita yang berbeza.
‘Dari Mata Turun Ke Hati’ mempunyai penceritaan komedi romantik yang merupakan drama pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri ‘Keterangan Audio’ kepada para penonton.
Dari Mata Turun Ke Hati’ merupakan adaptasi daripada manga popular “Love’s In Sight!” yang ditulis oleh Uoyama terbitan Kadokawa Corporation, dan ia mengisahkan Jai, seorang samseng yang jatuh cinta dengan
Iris Sofea, seorang gadis yang tidak sempurna penglihatannya.
Walaupun mengharungi pelbagai cabaran disebabkan oleh kelemahan masing-masing, drama ini mempamerkan keindahan ketidak sempurnaan yang hanya dapat dirasai dengan kehadiran cinta dan kesetiaan antara satu sama lain.
Ciri ‘Keterangan Audio’ yang diperkenalkan menerusi drama ini khas untuk mereka yang mempunyai penglihatan yang terhad.
Para penonton hanya perlu memilih keterangan audio dalam Bahasa Melayu dan tekan ‘Multiple’ di tetapan ‘Audio’ di TV atau menerusi On Demand.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama ini juga boleh distrim di sooka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
BorakSeeni