Tidak dinafikan platform YouTube semakin mendapat perhatian pengguna media sosial.

Malah, pada Jun 2020, kadar kepenggunaan kandungan rakyat Malaysia menerusi platform Youtube telah meningkat sehingga 35 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menariknya kali ini, Astro menjadi antara rakan kerjasama YouTube yang berganding dalam menjayakan YouTube Super Stream bagi membolehkan pengguna menikmati kandungan premium Astro menerusi YouTube bermula 1 September ini.

Menurut Naib Presiden Digital Adex Astro, Yee Wing-Tak, Astro teruja untuk menawarkan kandungan premiumnya menerusi inisiatif ini di saluran YouTube Astro Gempak.

“Kami harap rakyat Malaysia dapat menikmati 115 jam kandungan premium ini sempena musim kemerdekaan ini,” katanya.

Untuk makluman, antara kandungan menarik yang bakal dinikmati menerusi YouTube Astro Gempak termasuklah Hero Remaja 2020, The Best of Next to Neelofa, Lafazkan Kalimah Cintamu, Cik Reen Encik NgokNgek, Setelah Terlafaznya Akad, Hero Seorang Cinderella.

Selain itu, program lawak seperti Sepahtu Reunion Live 2019, Lawak Tak Lagha serta Rumah No 107 juga turut tersedia!

Menarik bukan? Jadi jangan lupa saksikan YouTube Super Stream bermula 1 September ini!