Kaki filem yang masih belum berkesempatan menonton filem-filem hebat ini di pawagam, inilah masanya anda menikmati ‘me time’ di rumah.

Gempak senaraikan lima filem pecah panggung yang boleh anda tonton secara percuma di saluran HBO (saluran 411 dan 431 HD).


1. The Meg

Filem ini mengisahkan sepasukan kru daripada program pemantau laut dalam telah menyelam menggunakan kapal selam ke dasar lautan terperangkap apabila diserang oleh makhluk yang disangkakan sudah pupus, iaitu jerung pra-sejarah berukuran 75 kaki yang dikenali sebagai Megalodon.

Pakar selam penyelamat Jonas Taylor perlu menyelamatkan mereka tetapi tiada siapa yang tahu dia pernah berdepan dengan makhluk itu sebelum ini.

2. Crazy Rich Asians

Filem lakonan Henry Golding ini menceritakan Rachel Chu yang mengikuti kekasihnya, Nick pulang ke kampung halaman untuk menghadiri perkahwinan kawan baiknya. Ketika di sana, Rachel baru menyedari bahawa Nick berasal dari keluarga kaya.

Kini Rachel terperangkap di dalam dilema dengki dan kebencian masalah sosial keluarga kaya dan paling penting, dia perlu mendapatkan restu daripada ibu Nick.

3. A Star is Born

Filem lakonan Bradley Cooper dan Lady Gaga ini mengisahkan seorang penyanyi terjumpa bakat baru, Ally dan mahu menjadikannya seorang bintang ternama.

Kedua-duanya saling jatuh cinta dan mula berpasangan. Apabila nama Ally mula berada di puncak, Jack menyedari dia sukar untuk menerima hakikat sinarnya yang semakin suram.


4. The Nun

Selepas kematian seorang rahib muda secara misteri di Romania, seorang paderi yang dihantui masa lampau telah ditugaskan untuk menyiasat perkara itu.

Bersama dengan temannya, mereka berdua telah merungkai satu rahsia. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa dan kepercayaan mereka untuk berdepan dengan kuasa jahat yang menyerupai rahib syaitan.

5. Halloween

Filem ini merupakan sekuel kepada kejadian filem Halloween tahun 1978. Laurie Strode, yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh orang gila Michael Myers, perlu berdepan dengannya sekali lagi buat kali terakhir.


Bersempena dengan kemenangan 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brands 2019 pada Jumaat, Astro memberikan tontonan komplimentari untuk semua rancangan di Astro dan Astro GO dari sekarang hingga 13 Oktober ini.

Tonton pelbagai lagi filem pecah panggung popular dan drama siri asli HBO bila-bila masa sahaja on demand melalui PVR box bersambung atau Astro GO dari hanya RM25 sebulan menerusi Movie Pack.

Selain itu, nikmati aplikasi HBO GO (berharga RM29.90) tanpa sebarang kos tambahan.

Langgan HBO di saluran 200 atau layari www.watchod.com untuk maklumat lanjut.