HIBURAN
Drama Mikro The Girl From The Other Side Of The Galaxy Menang RM100,000 Pertandingan Skrip & Drama Mikro ToYm 2025
Dunia penulisan skrip dan kandungan digital terus menyinar apabila Thousands of Years Media (ToYm) melabuhkan tirai bagi Pertandingan Penulisan Skrip Drama Mikro & Pertandingan Drama Mikro Terbaik ToYm.
Acara yang berlangsung di Majestic Marine Ballroom @ Confetti KL, Mines 2 pada 15 Jun itu menghimpunkan lebih 300 tetamu kehormat, pencipta kandungan serta penggiat industri filem dan media, sekali gus menjadikan majlis anugerah ini antara yang paling berprestij dalam kalangan penggiat drama mikro di rantau ini.
Menurut Pengasas ToYm dan Sunstrong Entertainment, Jment Lim, sejak penyertaan dibuka, ToYm menerima lebih 300 penyertaan dari penulis skrip dan penggiat kreatif dari Malaysia, China, Hong Kong dan Taiwan.
“Walaupun dunia ini tidak sempurna, selagi kita sanggup bertanggungjawab dan melakukan bahagian kita, kita tetap mampu menjadikan dunia kita sendiri serta seluruh dunia lebih baik sedikit demi sedikit,” katanya.

ToYm yang turut disokong oleh Sunstrong Entertainment, ToYm Wardrobe, WMD dan Flowers.com.my, berpegang kepada komitmen jitu dalam memperkasa inisiatif kandungan asli seperti Pertandingan Idol Bintang Baharu, Skrip Drama Mikro dan Drama Mikro Terbaik.
Berikut merupakan senarai Pemenang Pertandingan Penulisan Skrip Drama Mikro ToYm:
Hadiah Utama: Murderous Girl – RM30,000
Naib Juara: The Invisible Killer – RM20,000
Sagu Hati (RM5,000 setiap satu):
GOKILL
Kepada Pelajar Baru (To New Students)
Office Battle Royale
A Very Tiring Day
Healing Hearts
Senarai Pemenang Pertandingan Drama Mikro Terbaik ToYm:
Hadiah Utama: The Girl from the Other Side of the Galaxy – Yap Khai Jing – RM100,000
Naib Juara: STEP BACK – Khairi Hizami Bin Zalani – RM50,000
Sagu Hati (RM10,000 setiap satu):
The Delivery Vault – Emagina Studio
Devour – Chew Huat Yeow
Miss Ctrl+Z – Felix Tai Voon Beng
Satu Malam di PJ – Haffez Amin / Codils Media & Rights Eye Army Legacy
She Is Coming – Goh Cheng How
ToYm dan Sunstrong Entertainment terus melakar kejayaan melalui penghasilan kandungan berimpak tinggi seperti filem Snow in Midsummer yang memenangi anugerah di Festival Filem Asia New York ke-23 dan Festival Filem Antarabangsa Hong Kong ke-48, selain ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice.
Sementara itu, drama mikro In Character turut mencipta sejarah sebagai drama mikro bahasa Cina pertama Malaysia, dengan lebih 14 juta tontonan, menjadikannya penanda aras baharu dalam landskap kandungan digital tempatan.
Majlis tersebut turut memperkenalkan artis wanita pertama di bawah naungan ToYm, Fatimah Noryyah, yang memukau hadirin dengan persembahan tiga bahasa iaitu Always Remember Us This Way, Bukan Cinta Biasa, dan Tibetan Plateau.
.jpg)
Drama Mikro Pelbagai Bahasa & Tema Raya Akan Datang
ToYm turut mengumumkan perancangan menerbitkan lima lagi drama mikro baharu, merangkumi pelbagai genre dan bahasa termasuk drama mikro berbahasa Melayu serta bertemakan perayaan.
Must-Watch Video