Karya agung Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku sekali lagi mencetuskan pelbagai emosi dalam kalangan penonton menerusi episod 13 dan episod 14 yang baru ditayangkan.

Buat episod kali ini, Dian terpaksa menghadapi pelbagai cabaran apabila perkahwinannya bersama Zarif menimbulkan persoalan ramai pihak.

Ini sedikit sedutan kisah yang terjadi pada episod 13 dan episod 14 drama Takdir Itu Milik Aku.

Maryam Tak Puas Hati!

Dengki atas perkahwinan antara Zarif dan Dian. Maryam mula membuat spekulasi bahawa Zarif tidak pernah ikhlas mencintai Dian.

Untuk Maryam, perkahwinan itu sebenarnya hanyalah sekadar rancangan dan muslihat yang dijalankan oleh Zarif bagi mengenakan Dian.

Kamsiah Terkejut Dian Kahwin Dengan Zarif?

Oleh kerana perwatakan Dian yang lurus bendul, perkahwinannya itu bersama Zarif yang mencetuskan tanda tanya saudaranya, Kamsiah.

Kamsiah turut berpendapat perkahwinan itu berlaku kerana Zarif telah 'diguna-gunakan' oleh anak saudaranya. Sementara itu, Datin Munirah masih meneruskan perancangannya untuk menguasai harta keluarga dengan menjadikan Dian sebagai 'korban' demi kepentingan diri sendiri.

Meninjau reaksi wargamaya, majoriti meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap watak antagonis yang disifatkan bersikap kejam terhadap Dian.




Sinopsis Takdir Itu Milik Aku

Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji.

Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.

Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga.

Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?

Saksikan drama adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah bersiaran mulai 26 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim melalui Astro GO.