Laman Utama
Drama Tikam Best! Netizen Dah Mula Main Clue, Siap Ada Teori Sendiri
Episod pertama drama Tikam yang bersiaran baru-baru ini mendapat reaksi positif netizen.
Bukan hanya sekadar drama, Tikam menyajikan penonton dengan jalan cerita ‘cukup rencah’ buat mereka yang dahagakan cerita penyiasatan.
Setiap konversasi dan juga tindakan yang ditunjukkan oleh watak-watak dalam Tikam membuatkan penonton mula membuat spekulasi sendiri.
Tidak kurang juga ada yang sudah mula mengeluarkan teori sendiri mengenai setiap karakter yang dibawakan.
Jadi siapakah pengkhianat di antara mereka?
Saksikan Tikam, setiap Rabu jam 9:30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksible, Tikam juga boleh distrim menerusi portal Gempak, Aplikasi Astro Go dan On Demand.
Tikam mengetengahkan genre jenayah thriller mengenai satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat.
Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut.
Klimaks drama Tikam bergantung kepada keunikan jalan cerita yang padat dengan plot twist untuk menimbulkan unsur spekulasi dan suspen di kalangan penonton.
Selain itu, drama ini juga turut mempertaruhkan barisan pelakon popular seperti Fahrin Ahmad (Shahrol), Ben Amir (NJ), Intan Najuwa (Akma), Michael Ang (Mike), Jasmin Hamid (Madam Joan), Yuna Rahim (Ika), Ellyas Abdullah (Sap) dan Josiah Lim (Ed).
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Must-Watch Video