Isteri kepada penyanyi Tajul, Nurul Shamieza Eddie gembira apabila suaminya memberi kebenaran untuk membeli kereta.

Shamieza atau lebih mesra dengan panggilan Ica ini berkongsi satu peristiwa yang menyebabkan Tajul mengubah fikirannya.

“Alhamdulillah… Ica dari dulu nak beli kereta tapi Tajul tak izinkan sebab dia kata selagi dia ada dia akan hantar Ica pergi mana-mana.

“Sebab dia risau Ica keluar sorang-sorang dan takut Ica langgar kereta orang.

“Lepas kes Ica naik Grab sorang-sorang, driver Grab tu macam creepy gila hari itu, terus kita orang servey kereta dan Tajul izinkan saya beli kereta. Terima kasih sayang I @tajulofficial,” coretnya gembira.

A post shared by @icaaeddie

Dalam pada itu, Ica juga memanjatkan rasa syukur kerana hasratnya untuk memiliki kereta dengan hasil titik peluh sendiri akhirnya tertunai.

“Alhamdulillah dapat beli kereta hasil titik peluh Ica sendiri selama ini. Aaa nak nangis. Lama sangat Ica tunggu hari ini. Selepas ini belanja saya sport rim dan naik stage 2 okay daddy,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Ica.

Tajul dan Ica telah mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.