Laman Utama
DSV Berimej Pelik, Netizen Samakan Dengan Watak Badut Hantu Pennywise?
Masih ingatkah pada beberapa berita viral yang dilapor media berkenaan pengusaha kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) yang berkongsi beberapa gambar dan klip video yang memperlihatkan dirinya berfesyen pelik baru-baru ini?
Tidak hanya sekadar perkongsian biasa, rupa-rupanya, DSV bakal melancarkan sebuah lagu baharu yang berjudul Ku Ikhlaskan tidak lama lagi.
Kerap mempromosikan beberapa sedutan yang dirakam sepanjang proses pembikinan klip video berkenaan, pelbagai respons daripada netizen dapat dibaca, khususnya di ruang komen Instagram dan juga TikTok.
Ada yang memberikan kata-kata positif sementelah melihat imej baharu yang digayakan oleh DSV untuk single baharunya.
Ada yang mengatakan DSV mirip watak Red Queen menerusi filem Alice In The Wonderland dan ada juga yang menyamakan dirinya dengan penyanyi Lady Gaga dan juga Aina Abdul.
Namun, tidak kurang ada segelintir netizen yang memberikan kritikan negatif terhadap usaha kreatif DSV untuk tampil berbeza.
“Please janganlah buat stail pelik-pelik. Tak sesuai. Lebih anggun cantik yang biasa Datuk imejkan dari dulu, orang ramai suka tengok Datuk pakai crown,” tulis seorang netizen.
Begitupun, terdapat juga yang menyamakan DSV dengan entiti menyeramkan seperti pocong dan juga watak badut hantu Pennywise dalam filem It.
“Pocong berlari dekat Dataran Merdeka,” ulas seorang netizen ringkas.
“Ingatkan DSV nak jadi Pennywise dah,” tulis seorang wargamaya pula.
Menerusi ruangan kapsyen, DSV memberitahu yang lagu serta klip video Ku Ikhlaskan bakal dilancarkan pada 20 Mac depan.
Must-Watch Video