Laman Utama
Dua Lipa Hamil?
Penyanyi popular Dua Lipa mencetuskan spekulasi apabila memuat naik foto berserta emoji botol susu, 'malaikat' dan bintang-bintang di media sosialnya baru-baru ini.
Muncul menerusi rancangan bual bicara Jimmy Kimmel Live!, Dua Lipa menjelaskan dia terkejut dengan pelbagai soalan yang diajukan oleh netizen berhubung emoji tersebut.
"Saya suka menggunakan emoji secara rawak. Kesemua emoji yang saya gunakan itu tidak membawa sebarang makna pun.
"Saya kongsikannya, kemudian apabila membaca komen ada yang bertanya adakah saya hamil?
"Kemudian saya lihat balik gambar itu, belek balik komen, tengok balik gambar, saya yakin saya tak nampak seperti sedang mengandung pun.
"Saya nampak ada yang cuba mentafsirkan setiap maksud emoji yang saya gunakan. Katanya saya akan memaklumkan sesuatu tentang kehamilan saya.
"Dan barulah saya perasan. Emoji-emoji itu telah menjerat diri sendiri!" katanya.
Dua Lipa kemudiannya memadamkan kapsyen gambar berkenaan di Instagram namun terlupa untuk menyuntingnya di Twitter.??✨?????✨?? pic.twitter.com/IDeN3Tseek— DUA LIPA (@DUALIPA) January 13, 2021
"Saya belum hamil. Belum," tegasnya.
Dua Lipa, 25, kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan adik Gigi Hadid, Anwar Hadid sejak setahun lalu.
Must-Watch Video