Kelajuan internet 4G di Malaysia menunjukkan prestasi semakin menurun pada minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu sekitar 8.8 Mbps

Memetik laporan Era, laman Open Signal telah mengeluarkan satu laporan berkenaan penggunaan data dan kelajuan internet pengguna di Asia dan dunia, khasnya sepanjang minggu PKP ini.

Mengambil kira daripada tempoh 16 sehingga 29 Mac, kelajuan internet 4G pada mulanya di Malaysia adalah sekitar 13 Mbps. Namun, sejak bermulanya PKP, kelajuan ini mulai menurun kepada 10.1 Mbps pada minggu pertama pelaksanaannya.

Kelajuan internet 4G ini semakin menurun pada minggu kedua PKP iaitu sekitar 8.8 Mbps, menjadikan jumlah penurunan sebanyak 4.5 Mbps atau kira-kira 34% dari kadar keseluruhan.

Penurunan kelajuan internet ini dipercayai berpunca daripada peningkatan jumlah pengguna internet, termasuk penggunaan data sebanyak 1GB yang diberikan secara percuma oleh kebanyakan penyedia telekomunikasi di Malaysia.

Jika tempoh PKP dilanjutkan, semoga kelajuan internet tidak membuatkan rakyat Malaysia naik angin.


Sumber: Era, Open Signal