Laman Utama

Dua Minit Sabri Yunus Pilih Nama Ardini Untuk Angeline Tan

gempak
Gempak
15/10/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
Dua Minit Sabri Yunus Pilih Nama Ardini Untuk Angeline Tan
Selepas mengislamkan isteri tercinta, Angeline Tan di hadapan ibu dan adik-beradiknya pada 26 September lalu, pengarah dan pelakon tersohor Sabri Yunus hanya diberi waktu dua minit untuk memilih nama Islam isterinya pada proses pengesahan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.
Sabri berkata kepada Harian Metro, disebabkan kesuntukan waktu dia memilih nama Ardini yang membawa maksud cukup indah.
"Selepas dia bersedia untuk memeluk Islam, saya membawa dia bertemu keluarga dan membantunya mengucapkan dua kalimah syahadah di kediaman saya di Kelantan.
"Kemudian kami ke pejabat agama untuk proses pengesahan. Waktu itu mereka minta kami pilih satu nama Islam untuk didaftarkan.
"Dalam tempoh dua minit saja saya jumpa nama Ardini dan maksudnya adalah isteri yang menyayangi," katanya.
Dalam masa sama, Sabri memberitahu dia selalu berkongsi video ceramah agama Mufti Perlis iaitu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza kepada isterinya bagi mendalami ilmu agama Islam.
"Saya selalu beri video ceramah yang disampaikan Dr Maza. Bagi saya, pendekatan yang dibawakan dalam berkongsi perkara berkaitan agama amat mudah dan lebih difahami.
"Bagi saya dakwahnya tidak menyusahkan, lebih-lebih lagi untuk seseorang yang baru memeluk Islam.
"Beliau mengajar kita untuk melihat agama Islam dengan cara yang terbaik," katanya.
Sabri dan Angeline telah selamat bergelar suami isteri pada pagi Sabtu dalam sebuah majlis di Kangar, Perlis.
Untuk rekod Sabri Yunus pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Norraya bagaimanapun meninggal dunia akibat kanser pada Ogos 2007.
Sementara itu, Angeline pula mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live