,
Berita

Dua Rakan Curi Periuk & Sudip Dipenjara Empat Tahun

Gempak
20/08/2024
18:50 MYT
Dua rakan dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa selepas mengaku salah mencuri pelbagai barangan termasuk periuk dan sudip, minggu lalu.

Membuat pengakuan

Tertuduh, Muhamat Faizal Muhamat Darus, 45, dan Mohd Ismail Mohd Abdul Aziz, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah melakukan pecah rumah bagi maksud kesalahan mencuri wayar, periuk, tiga sudip masak dan dua batang besi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Persiaran Pengkalan Barat 4, Taman Rasa Sayang di sini, antara jam 10 pagi hingga 10.30 pagi pada 14 Ogos lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Nabihan Shahrir manakala kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman penjara singkat diberikan.
Mahkamah kemudian memerintahkan kedua-dua tertuduh dihukum penjara empat tahun dari tarikh ditangkap dan barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk dilupuskan.
Sumber: Astro AWANI menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.
Hiburan

Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

gempak
13/09/2024
02:36 MYT
Bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, yang meninggal dunia akibat ditetak sebenarnya merupakan sepupu kepada penyanyi, Aweera.
Berita

Rogol Anak Hingga Bersalin, Buruh Dipenjara 72 Tahun, 60 Sebatan

gempak
12/09/2024
21:55 MYT
Seorang buruh dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen  setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Hiburan

Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

gempak
08/09/2024
04:03 MYT
Susulan kelantangannya bersuara tentang isu Abang Bas, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerima pelbagai kecaman daripada warganet.