gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tiket ‘Janji With Dayang’ Sold Out, Dayang Nurfaizah Tak Sangka Sambutan Luar Biasa
HIBURAN
Adira Salahudi Teruk Dikecam, Netizen Sakit Mata Lihat Baju Ketat, Sendat - “Rindu Awak Yang Dulu, Seksi Seksi Nak Pergi Mana?”
HIBURAN
Isteri Amy Search Kongsi Foto Hadir Ke IPD Shah Alam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

“Dua Tahun Engku Emran Menjadi Suami Saya, Banyak…”- Laudya Cynthia Bella Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
01/07/2020
03:34 MYT
Sponsor Banner
“Dua Tahun Engku Emran Menjadi Suami Saya, Banyak…”- Laudya Cynthia Bella Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai
Pelakon Laudya Cynthia Bella, 32, akhirnya tampil mengesahkan sudah bercerai dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 45, sekali gus menjawab teka-teki mengenai status perkahwinan mereka selama ini.
Menurut Laudya, mereka berdua berpisah secara baik dan perkahwinan tersebut banyak memberi hikmah kepada dirinya.
"Berhubung berita teka-teki mengenai rumah tangga kami, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik.
"Sudah pelbagai usaha kami lakukan yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT. Rumah tangga kami hanya sampai di sini. Segala proses kami juga lalui dan saat ini semuanya sudah selesai.
"Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya peroleh. Insya-Allah semua itu saya jadikan bekalan, boleh saya simpan untuk menjadi wanita yang jauh lebih baik lagi," katanya dalam program Insert Pagi.
Laudya berharap penjelasan itu dapat menjawab pertanyaan yang menjadi tanda-tanya dalam kalangan ramai selama ini.
Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017.
Selepas sah menjadi isteri Engku Emran, anak kelahiran Bandung, Jawa Barat itu memutuskan untuk tinggal di Malaysia bersama suaminya.
Pasangan ini juga tidak dikurniakan anak.
Topic Berkaitan
#cerai
#Indonesia
#Laudya Cynthia Bella
#Engku Emran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement