Pelakon Aliff Aziz mengakui teruja untuk memulakan penggambaran telemovie Bukan Cerita Cinta Cliché (BCCC).

Tambahan lagi, BCCC merupakan telemovie pertama selepas dua tahun tidak berlakon dalam mana-mana drama.

“Sejak pulang ke Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu, BCCC adalah telemovie pertama saya ketika kita semua sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Insyallah BCCC juga adalah ‘pembuka tirai’ 2021 saya dan pembukaan untuk perjalanan kerjaya saya semula.

“Tidak dinafikan selepas dua tahun tak masuk set penggambaran saya gementar dalam masa sama, teruja juga. Tetapi perasaan gementar itu hilang selepas mulakan scene pertama dan kedua.

“Team produksi juga sangat-sangat membantu dan kami sudah seperti keluarga. Saya sangat berterima kasih kepada producer Guam Teamwork, Firdaus Nadxaman dan pengarah BCCC Faizal Nadxaman (Jaihoo Nadxaman) kerana memberikan saya peluang dan kepercayaan untuk membawa watak Faizal dalam telemovie ini,” katanya.

A post shared by ????? ???? (@iamaliffaziz)

Berkongsi pengalamannya berlakon dalam telemovie bergenre romantik komedi ini, Aliff berkata semuanya berjalan dengan baik kerana BCCC mudah dihadam oleh semua penonton.

“Telemovie ini lebih kepada momen-momen sweet yang mudah dihadam oleh penonton. Tidak ada kesukaran untuk saya melakonkan watak Faizal.

“Everything went well dan saya harap penonton dapat rasalah momen-momen yang cuba nak disampaikan dalam BCCC,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aliff berkata ada beberapa tawaran lakonan terpaksa ditunda sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikeluarkan pada 13 Januari lalu.

“Ada beberapa tawaran yang datang, tetapi terpaksa ditunda kerana PKP. Saya rasa situasi ini dialami oleh semua pelakon dan semua yang terlibat dalam industri hiburan ini bukan saya sahaja.

“Memang ramai yang terkesan, jadi sama-samalah kita doakan agar pandemik ini berkakhir agar semua dapat kembali normal,” katanya positif.

Sebelum mengakhiri perbualan, Aliff turut menyatakan keterujaannya untuk kembali berkarya.

“Tak sabar nak berkarya semula, diharap semua dapat doakan saya ya,” ujarnya.

Selain Aliff Aziz, Bukan Cerita Cinta Cliche juga menampilkan barisan pelakon lain seperti Mimi Lana, Syafiq Kyle, Firdaus Nadxaman, Lienda Halim, Nazzaty Rusli, Saidah Kamarudin, Sara Zulkifli, Hazeman Huzir dan Eddy Effrimz.

Jangan lupa saksikan Bukan Cerita Cinta Cliche malam ini jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD.

Anda juga boleh strim #OnDemand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo #astrogo.