Belum lagi ditayangkan namun drama baharu, Nusyuz Berkiblat Cinta berjaya menarik perhatian netizen.

Ini kerana terdapat dua watak iaitu Hawa dan Erfhan bakal membuatkan netizen membenci katakter itu dengan sepenuh hati.

Siapa lagi kalau bukan pelakon yang sememangnya dikenali dengan keberkesanan lakonan mereka, Emma Maembong sebagai Hawa dan Nadhir Nasar membawakan watak Erfhan.

A post shared by lucky (@nadhirnasar_)

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

Sebagai bukti lihat sahaja klip video promosi yang memaparkan Hawa menjerit dan bersikap biadap itu sahaja pun sudah cukup panas hati apatah lagi bakal menonton episod penuh malam ini.

Erfhan pula dari luaran nampak baik namun disebalik wajah kacak itu dia sebenarnya seorang yang panas baran dan cepat cemburu.

Boleh bayangkan tak betapa merananya isteri Erfhan?

Drama arahan Hadith Omar ini menampilkan pelakon hebat antaranya, Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Sabhi Saddi, Dayana Rosa, Ako Mustapha, Yaya Membong dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Saksikan Nusyuz Berkiblat Cinta secara eksklusif malam ini, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan platform penstriman Astro Go serta Ultra Box.