Viral

"Dua-Dua Pihak Buat Benda Sama" - Komen Neelofa Bila Dituduh Suka Masuk Campur Urusan Nabila

gempak
Amri Hassan
29/11/2019
10:32 MYT
Sponsor Banner
"Dua-Dua Pihak Buat Benda Sama" - Komen Neelofa Bila Dituduh Suka Masuk Campur Urusan Nabila
Pengacara popular Neelofa berpendapat tidak adil untuk menuding jari kepada keluarganya mencampuri urusan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz Ahmad.
Jelas Neelofa, sebagai keluarga dia akan sentiasa menyokong kakaknya dan tindakan sama dilakukan oleh keluarga Sharnaaz sendiri.
"Saya rasa tidak adil untuk cakap keluarga saya masuk campur urusan Nabila. Dia kakak saya dan anak mak saya.
"Sudah tentu kami akan menyokongnya sentiasa dan saya pasti keluarga dia pun buat benda sama, bersuara di media sosial.
"Memang tidak adil menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Kedua-dua pihak buat benda sama iaitu menyokong dan bersuara," tegasnya.
Dalam pada itu, Neelofa bersimpati atas nasib yang menimpa Nabila apabila kemelut rumah tangganya masih belum selesai dalam tempoh yang panjang.
"Saya sebagai adik merasakan situasi itu tidak sepatutnya berlaku dan boleh diselesaikan dengan cepat dan mudah tetapi telah dipanjang-panjangkan dan dirumitkan.
"Proses ini sudah semestinya akan menjadikan Nabila seorang yang lebih matang dan kuat.
"Akan ada banyak perkara yang dia akan tempuhi dalam tempoh beberapa bulan selepas ini selagi kes belum selesai dan kami sekeluarga akan terus menyokongnya," tambahnya.
Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi kolaborasi bersama jenama kasut antarabangsa Giuseppe Zanotti di Pavilion, Kuala Lumpur semalam.
Terdahulu pada 11 September lalu, Sharnaaz menukar fikiran enggan menceraikan Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangganya yang dibina sejak dua tahun lalu.
Mahkamah kemudiannya memerintahkan satu Jawatankuasa Pendamai dibentuk bagi menyelesaikan isu itu.
Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live