Pelakon, Penerbit yang juga vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie mengakui lagu Dubuk Liar dicipta khas untuk dijadikan runut bunyi (OST) bagi filem 10 Tips Tipu Bini.
Kali terakhir Wings menghasilkan video muzik adalah pada tahun 2014 menerusi lagu Ingatkan Dia.
Wings kembali membuka tirai 2021 dengan melancarkan video muzik Dubuk Liar di YouTube Wings Opera TV pada 12 Januari lalu.
Bagaimanapun jika diamati pada liriknya, Awie seolah-olah menyamakan dubuk dengan golongan lelaki curang.
“Ish…tak adalah, Dubuk Liar itu saya ‘refer’ kepada watak Raffi, Jep dan Kay dalam 10 Tips Tipu Bini. Mereka kan ada kelab motor berkuasa tinggi Harley Davidson yang dinamakan sebagai ‘Dubuk Liar’.
“Tak ada kena mengena lelaki curang dengan Dubuk Liar sebab mereka lebih teruk dari dubuk,” katanya ketawa.
Tambah Awie, Dubuk Liar baginya lebih moden seiring dengan perkembangan semasa dan penglibatan Wings yang sudah berusia 36 tahun dalam industri seni tanah air.
“Saya harap kedua-dua lagu ini diterima dan disukai ramai terutama kepada peminat-peminat Wings dan penonton 10 Tips Tipu Bini.
“Bagi saya produksi Dubuk Liar berada di tahap terbaik dan sangat moden, sesuai dengan perkembangan Wings sendiri yang kini sudah berusia 36 tahun.
“Input dari Edrie Hashim dan Syam sangat dirasai bermula daripada intro akustik sehinggalah ke solo eksplosif di pertengahan lagu,” katanya.
Selain Dubuk Liar, sebuah lagi lagu ciptaan sepenuhnya Datuk Awie berjudul Sang Kekasih turut dijadikan OST dalam 10 Tips Tipu Bini.
Jangan lupa tonton 10 Tips Tipu Bini arahan Azizi Chunk Adnan yang menampilkan nama-nama hebat seperti Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.
Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini di pawagam rumah anda, Astro First sekarang juga! Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang!
Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean.
Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing.
Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri!.
Mereka bertiga sedang mengalami masalah ‘Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.
Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ‘intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka.
Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing.
Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ‘kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.
Fiza Kamarudin
Thu Jan 14 2021


Karl Shafek Terpaksa Buat Ujian Darah Setiap Bulan - "Hari-Hari Telan Ubat Untuk Kawal Radang"
Shafek perlu menjalani rutin ke hospital setiap bulan

MAK Cakap… Kalau Laki Bini Gaduh, Jangan Campur. Esok Lusa Berbaik, Kita Pula Dikata BUSY BODY!
Apabila emosi menguasai diri, memang semua perkara nak diluah di media sosial, sehinggakan hal dalam kelambu pun jadi tayangan. Kalau lepas iu boleh ‘move on’ tak apa.
.jpg?ext=.jpg)
Azzam Sham, Peluang Kedua & MK KClique Antara Pemenang EDMA 2020
Tahniah kepada semua pemenang!

Atu dan Rykarl Bergaduh Sebab Nak Tahu Siapa Lagi Pandai | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ishh ishh, diorang berdua ni pantang jumpa. Mesti ada je topik nak gaduh, Dah macam anjing dan kucing dah diorang ni.

Sherry Pening, Isha dan Riena Geram dan Syafiq Terciduk | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Hahahaha kelakar laa diorang ni main game ni. Sampai tersasul sasul haa nak cepat punya pasal hahaha. Korang tunggu apa lagi? Jom layan. Confirm pecah beb!

Puan Suhana Taknak Bermadu In Real Life | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ye laa siapa je kan nak hidup bermadu. So jom dengar penjelasan penuh Puan Suhana tentang hidup bermadu.
![[VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - Apa Pun Saya Sanggup [VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - Apa Pun Saya Sanggup](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/3gadismanis_images/befunky-collageshuk.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Shuk Sahar Mengaku Salah, Akan Dapatkan Keluarga & Kebahagiaan Semula - "Apa Pun Saya Sanggup"
Setiap orang malakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya..

Lenggang - Syafiq Naser ft. Le' Lagoo Band | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ni haa Lenggang versi duduk rumah. Ni kalau duduk rumah pun dah best, apatah lagi nyanyi Live dengan Le'Lagoo Band dekat studio. Mesti lagi powerr!

Atu dan Rykarl Bergaduh, Sherry Al Hadad Rimas dengan Gempak TV? | Gempak TV S2 - EPS 51 | #EdisiDudukRumah
Bukan Gempak TV laa kalau takde orang bergaduh hahahaha dan betul ke Puan Suhana bagitahu sesuatu pasal episod The Maid akan datang? Mungkin hint siapa pembunuh tu. Apa-apapun korang just stay at home and enjoy!

Orang Ingat Hael, Rupa-Rupanya... | Gempak TV | #EdisiDudukRumah
Ooo ni laa yang nyanyi lagu OST The Maid. Alaa drama siri ala-ala ditektif tu yang tengah disiarkan di Astro Ria tu. Bestt tau cerita tu, so makesure korang jangan terlepas tengok The Maid ye!