Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris telah berkongsi hadis yang menjelaskan tentang pemakaian sutera oleh kaum lelaki.

Amin Idris menerusi muat naik di Instagramnya semalam menyentuh mengenai perkara tersebut selepas tular mengenai tali leher keluaran duCk Group yang dikatakan diperbuat menggunakan 100% sutera.

“Baru nak beli tie ni...Serius smart. Sekali dapat tau 100% sutera. Adoooooiii frustnyaaa. Mungkin @theduckgroup perlu lebih sensitif bab hukum sebab lelaki memang DIHARAMKAN pakai sutera,” tulisnya sebelum duCk Group memuat naik pengumuman menarik balik penjualan tali leher edisi khas Hari Bapa tersebut.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Amin Idris turut berkongsi beberapa potong hadis yang menyatakan larangan penggunaan sutera oleh kaum lelaki.

“Kesemua hadis larangan adalah haram pada teks dan konteks dalil...Huhu... mohon tolong produce yang non-sutera ? Confirm Bro Amin nak,” tulisnya.

Daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA;

إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي”

Yang bermaksud;

“Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki. (Riwayat Ahmad)

Dalam hadis lain, nabi bersabda:

أُحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها

“Dihalalkan emas dan sutra bagi wanita dari kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum laki-lakinya” (Riwayat An Nasa’i)

Malah lelaki bukan hanya dilarang menggunakan sutera, lelaki juga dilarang sengaja duduk di atas sutera. Dari Hudzaifah RA beliau berkata:

نَهَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَأَنْ نَجْلِسَ عَلَيْهِ

“Nabi SAW melarang kami memakai pakaian sutera dan dibaj (sutra yang bergambar), dan melarang kami duduk di atasnya” (Riwayat Bukhari).

Semalam, jenama tudung terkemuka dUck menarik balik penjualan tali leher edisi hari bapa hasil kolaborasi bersama Marvel setelah menerima kecaman wargamaya.

Koleksi tali leher yang diperbuat daripada sutera itu menerima kritikan kerana lelaki Islam diharamkan daripada memakai material tersebut.

Menerusi laman sosial Instagram, @theduckgroup memuat naik satu permohonan maaf di atas kekhilafan mereka kerana terlepas pandang material yang digunakan.

[[BACA: “Ramai Pekerja Islam Tapi Macam Mana Boleh Terlepas Pandang?” - Tarik Balik Penjualan Tali Leher Sutera, Duck Hadiahkan pada Frontliners Bukan Islam]]