Laman Utama
Duduk Rumah Pun Tak Apa...Banyak Filem Best Di Astro First Tahun Baru Cina Ni!
Istimewa di musim perayaan Tahun Baru Cina ini, Astro First bakal membawakan filem-filem menarik khas untuk tontonan anda seisi keluarga!
Jangan risau duduk di rumah sepanjang hari perayaan kerana Astro First bakal menyajikan anda dengan filem-filem hebat pelbagai genre.
Filem-filem yang bakal menanti penonton di Astro First Saluran 480 dan di platform On Demand ini merentasi setiap bahasa; Melayu, Mandarin dan Tamil.
Kemeriahan musim perayaan anda dimulakan dengan sekuel ‘Hantu Bonceng’ yang pernah merekodkan kutipan pecah panggung ketika pertama kali disiarkan lebih kurang sedekad yang lalu.
Kini kembali dengan ‘Hantu Bonceng 2.0’, filem yang diungguli pelakon popular tanah air, Zizan Razak ini akan menemui peminat mulai 11 Februari.
Pada hari yang sama juga, kami akan membawakan anda sebuah filem Tamil yang cukup mendebarkan berjudul, ‘Master’.
Diikuti pula dengan ‘Maara’, arahan Dhilip Kumar dan sebuah filem Melayu arahan Jefry Talib, ‘Kenderaan Berat Ikut Kiri’ pada 18 Februari.
Meriahkan lagi sambutan perayaan anda dengan ‘Selamat Hari Tak Jadi’ yang menampilkan gandingan barisan pelakon hebat tanah air seperti Janna Nick, Aaron Aziz, Nasha Aziz dan ramai lagi pada 25 Februari.
Istimewa buat adik-adik yang merindukan karakter animasi kesayangan ramai, jangan lupa temujanji anda bersama Didi, Nana, Jojo dan rakan-rakan menerusi ‘Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends’.
Tambah menarik, Didi dan rakan-rakan akan membuat persembahan dengan ditemani selebriti terkemuka negara seperti Yuna, Hael Husaini dan Altimet!
Juga, saksikan sebuah filem Mandarin bergenre aksi yang bakal ditayangkan pada 27 Februari ini berjudul, ‘The Rescue’ yang dibintangi oleh Eddie Peng, Wang Yanlin, Xin Zhilei dan Lan Yingying.
Ketua Saluran Astro First & Astro Best, Sharmin Parmeswaran berkata, di sebalik dunia mengharungi krisis pandemik COVID-19 pada hari ini, Astro sebagai sebuah stesen penyiaran utama negara tetap berusaha mempelbagaikan inisiatif bagi memastikan semangat setiap rakyat Malaysia kekal utuh dan tidak luntur dengan dugaan yang perlu dilalui ini.
“Kami ingin memastikan rakyat kekal selamat dengan berada di rumah seterusnya membantu memutuskan rantaian COVID-19.
“Justeru, kami perlu menzahirkan sajian kandungan yang menarik, merentasi setiap lapisan masyarakat demi memastikan anda terus kekal di rumah dan menontonnya bersama seisi keluarga.
“Musim perayaan merupakan salah satu masa yang ditunggu-tunggu kami. Di musim ini, sajian kandungan yang disediakan adalah lebih banyak, segar dan terhebat.
“Sama dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang ini, Astro First sebagai sebuah saluran premium turut tidak terkecuali dalam menyediakan filem-filem menarik yang tidak pernah ditayangkan di mana-mana platform sebelum ini,” katanya.
Filem-filem istimewa bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan mula menemui pelanggan mulai 11 Februari 2021 di Astro First Saluran 480.
Dengan hanya RM 15.00 (setiap judul filem), penonton boleh menonton filem yang dipilih secara berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ia juga boleh ditonton menerusi platform digital, On Demand.
Must-Watch Video