Kylie Jenner sering mempamerkan kemewahan tidak masuk akal di media sosialnya.

Namun, baru-baru ini perkongsian air pancuran bilik mandinya menjadi bahan jenaka netizen apabila Kylie juga berdepan masalah sama dengan orang kebanyakan; air bertekanan rendah!

Dalam video yang dimuatnaik di Instagram Stories, keadaan air pancur bilik mandinya tidak segah rumah agam bernilai jutaan ringgitnya.

Air yang keluar dari kepala air pancur bilik mandi Kylie hanya perlahan dan lemah.

"Kylie Jenner tinggal di sebuah rumah agam bernilai AS$35 juta (RM141 juta), tapi ini saja tekanan airnya," ciap seorang pengguna di Twitter.

Ciapan milik Coral DeVille itu telah diulang ciap sebanyak 138,000 kali dan mendapat 1.4 juta tanda likes dari wargamaya.

Bagaimanapun, ada yang menganggap Kylie tidak punyai masalah untuk memperbetulkan masalah tekanan air di kediamannya memandangkan kekayaan yang dimiliki.

Malah, situasi kemarau dan pencemaran di California, Amerika Syarikat dikatakan antara penyebab masalah tekanan air di kebanyakan kediaman di sana.

Untuk rekod, Kylie diiktiraf sebagai individu ke-29 paling berpengaruh dalam majalah Forbes dan antara wanita terkaya dunia pada 2020 dengan nilai harta sebanyak AS$700 juta (RM2.8 bilion).

Kylie juga menjadi selebriti paling mahal bayarannya di dunia.