Berita

“Duduk Rumah Sampai Lupa Nak Keluar...”- Nana Mahazan

gempak
Syafiqah Jalal
27/03/2020
07:13 MYT
Sponsor Banner
“Duduk Rumah Sampai Lupa Nak Keluar...”- Nana Mahazan
Pengacara Nana Mahazan akui rindu untuk bersiap dan bersolek seperti hendak keluar bekerja sebelum ini.
Bagi melepaskan rindu itu, dia sengaja bersiap seperti hendak keluar bekerja tetapi kemudian hanya berdiri di halaman rumah.
“Sejujurnya saya rindu untuk bersiap seperti pergi bekerja. Saya rindu pakai kasut.
“Korang jangan lupa dapatkan sedikit cahaya matahari di luar ya. Jangan duduk rumah sampai lupa nak keluar depan rumah atau balkoni,” tulisnya.
Nana berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, dia memuat naik video yang menunjukkan dia lengkap bersiap seperti hendak keluar bekerja.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang akui terhibur dengan kelakuan Nana.
Penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan, kerajaan telah melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakn (PKP) sehingga 14 April ini.
A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live