,
Terkini

Duit Tabung Habis Berjudi, Pemandu Lori Resah Sebelum Ditemui Meninggal Dunia

Umirah Halim
15/03/2024
03:00 MYT
Seorang pemandu lori ditemui maut dipercayai menggantungkan diri menggunakan safety belt di pintu kiri lorinya di Cikande, Serang Bentan, Indonesia pada Selasa.
Menerusi perkongsian seorang individu di Platform X, dapat dilihat rakaman video seorang individu yang dipercayai kelindan lori tersebut terkejut selepas menemukan jenazah pemandu itu dalam keadaan tergantung.
Motif Diduga depresi, uang 70juta untuk modal nikah habis dipakai Judi Online
sc : Prioritastv com pic.twitter.com/A8kFoEnk5E— Miss Tweet | (@Heraloebss) March 13, 2024
"Innalillahi wainnailaihi rojiun, pemandunya gantung diri. Kejadian di tol Cikande,” ujar perakam video tersebut.
Memetik laporan daripada Detik News, Ketua Kepala Induk PJR Tol Tangerang-Merak Kompol Wiratno mengatakan bahawa pemandu itu dipercayai berkelakuan gelisah sebelum ditemui oleh kelindannya dalam keadaan tergantung.
"Menurut keterangan kelindan lori, pada mulanya pemandu itu memberhentikan lori di bahu jalan untuk berganti giliran memandu.
“Sambil berehat kelindan dan pemandu itu hanya bermain telefon masing-masing.
“Namun, kelindan itu rasa aneh apabila melihat keadaan pemandu lori itu yang mundar-mandir seakan gelisah.
“Tidak lama kemudian, kelindan menjumpai mayat pemandu lori itu dalam keadaan tergantung dengan safety belt," ujarnya ketika dihubungi Detik News.
Setakat artikel ini ditulis siasatan polis masih dijalankan untuk mengsahihkan punca sebenar kejadian.
Bagaimanapun, menurut sumber media Bapera, pemandu lori itu difahamkan nekad untuk mengambil nyawanya sendiri gara-gara telah menghabiskan duit tabungan perkahwinannya sebanyak Rp 70 juta (RM21,149.14) untuk judi dalam talian.
Sumber: Detik News & Bapera

Berita Trending: “Siapa Kita Untuk Menghukum Mereka” - Risteena Tunjuk Bukti Mesej Dengan…

Berita Trending: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Rakam Video Pelajar Perempuan, Pemandu Bas Atau 'Abang Bunga' DiCekup Polis

gempak
06/09/2024
03:02 MYT
Pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuatnaik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam, awal pagi tadi.
Viral

Pelanggan Wanita Trauma, Pemandu E-Hailing Suruh Duduk Depan Atas Alasan Air Tumpah

gempak
29/08/2024
13:55 MYT
Kes berkaitan pemandu e-hailing bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam negara ini.
Hiburan

Wajah Disunting Guna AI Untuk Promosi Judi, Ini Respons Zizan Razak - “Kenapa Orang Tu Pilih Muka Saya..”

gempak
28/08/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengesahkan video tular yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara dan wajahnya untuk mempromosikan perjudian dalam talian tersebut adalah palsu.
Viral

Tertekan Dengan Sinior, Doktor Pelatih Suntik Diri Dengan Ubat Bius Hingga Maut

gempak
19/08/2024
03:00 MYT
Gara-gara tertekan dengan tekanan daripada siniornya, seorang doktor pelatih wanita 30 tahun membunuh diri apabila dia menyuntik dirinya menggunakan ubat bius hingga maut.
Viral

"Kalau Betul UPNM Lahirkan Pembunuh, Mana Mungkin Senior Junior Boleh Lepak Sama Makan Semeja" - Lt Aiman Aufa

gempak
28/07/2024
00:55 MYT
"Kalau betul Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) lahirkan pembunuh, mana mungkin senior dan junior boleh lepak sama-sama makan semeja," demkian kata-kata Leftenan Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.