Laman Utama

“Duit Tak Cukup, Kes Mahkamah Syariah, Kena Reject Dengan Stesen…” - Amar Asyraf Sampai Mempersoalkan Allah

gempak
Mya Amri
29/12/2020
12:04 MYT
Sponsor Banner
“Duit Tak Cukup, Kes Mahkamah Syariah, Kena Reject Dengan Stesen…” - Amar Asyraf  Sampai Mempersoalkan Allah
Pelakon Amar Asyraf menyalahkan diri sendiri atas perkara yang berlaku dalam kehidupannya ketika ini.
Menurut Amar, disebabkan hal demikian secara tidak langsung dia telah menyakiti keluarga, rakan dan orang tersayang.
Amar membuat luahan hati menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“2020 adalah tahun yang buruk buat saya. Saya rasa hilang, marah, geram, seperti saya melawan dunia ini seorang diri.
“Geram dengan kegagalan sendiri tapi tak buat apa-apa dan tak mampu buat apa-apa untuk ubah hidup sendiri. Bukan salah siapa-siapa tapi salah diri sendiri.
“Duit tak cukup, kes mahkamah Syariah, nama kena tolak dengan stesen, impulse buying sebab stress dan macam-macam lagi.
“Semuanya salah diri sendiri. Bukan salah sesiapa. Bukan salah Arna atau orang lain. Salah saya. Saya yang menyakiti orang lain.
“Saya juga telah menyakiti keluarga, rakan, mama, abah, Arna, Taufiq dan Dian. Semua orang yang berada dalam lingkungan saya.
“Saya lukakan mereka dengan kelakuan buruk saya. Saya putus asa untuk menjadi seorang lelaki yang baik sejak bertahun-tahun lalu.
“Saya tertekan. Saya tidak menjaga kesihatan, merokok dengan begitu banyak. Saya membiarkan ego saya menang.
“Malah saya mempersoalkan Allah. Kenapa saya? Mengapa semua ini berlaku kepada saya? Namun saya tidak melakukan apa-apa.
“Saya hanya membiarkan diri saya tenggelam dan terus mengecewakan orang yang saya sayangi. Saya rasa semuanya tidak adil.
“Padahal yang berlaku tidak adil itu adalah diri saya sendiri. Saya yang merosakkan diri saya sendiri. Saya biarkan diri saya diselubungi dengan perkara-perkara negatif.
“Saya mempunyai beberapa peluang untuk memperbaiki kehidupan saya namun saya sendiri yang merosakkannya.
“Saya tidak kenal diri saya, saya tidak tahu siapa saya sebenarnya. Saya benar-benar rasa kosong. Namun saya tidak mempunyai inisiatif untuk meminta pertolongan.
“Saya minta maaf kerana mengecewakan begitu ramai orang. Saya benar-benar mohon maaf,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi entri yang sama, Amar juga berjanji akan cuba untuk mengubah dirinya ke arah yang lebih baik.
“Saya mahu ubah hidup saya. Saya mahu menjadi seorang yang positif. Sudah tiba masanya untuk saya mencari diri saya, mengenal diri saya sendiri.
“Hanya saya yang mampu ubah hidup saya. Bukan orang lain. Saya nak anak-anak saya ada masa depan yang lebih baik dari aaya. Untuk Taufiq dan Dian,” akhirinya.
Amar telah mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik dan Ammara Dian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live