Laman Utama

Dulu Dikecam Ilmu Haram & Tak Berkat, Now Ain Dapat 7A SPM! Menangislah Haters!

gempak
Hanafis Haris
16/06/2022
10:34 MYT
Sponsor Banner
Dulu Dikecam Ilmu Haram & Tak Berkat, Now Ain Dapat 7A SPM! Menangislah Haters!

Pernah dikecam teruk satu ketika dahulu, pelajar Ain Husniza Saiful Nizam, 18, membuktikan itu semua bukan penghalang untuk dirinya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hari ini.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Ain memperoleh keputusan hebat 7A 1B dalam peperiksaan tersebut.

Menurut Ain, sebelum ini wujud sesetengah netizen mendakwa pengajian tidak berkat kerana tindakannya mendakwa seorang guru bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

“Saya tak boleh beritahu macam mana tertekannya sewaktu SPM.

“Bukan sahaja mereka beritahu saya tidak berkat dalam pelajaran, malah turut mendoakan saya gagal dalam peperiksaan.

"Dah dah la tu, nak fail SPM ke?”.

"Kau ni belajar takde berkat dari cikgu".

"Semua ilmu cikgu bagi kau tu dah ilmu haram, takde berkat,” katanya.

Tambah Ain, netizen juga pernah menyindir saiz dan rupa bentuk tubuh badannya.

“Netizen juga menjatuhkan saya di setiap sudut yang mereka boleh,” ciapnya.

Anda boleh lihat perkongsian Ain di bawah.

Sekadar info, pada 24 April tahun lalu, media melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Ain Husniza mendakwa, pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan terbabit.

Bagaimanapun, pelajar itu mendakwa guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap lucah.

Malah kes itu tular di media sosial sehingga menjadi bualan ramai.

Pelajar terbabit turut berdepan tindakan saman RM1 juta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024